February 13, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam dengan pelabur mengurangkan pegangan, terutama dalam saham bermodal besar seperti Sime Darby dan Bumiputra-Commerce, kata peniaga.

Bagaimanapun, keuntungan dalam Tenaga Nasional Bhd susulan daripada pengumuman penurunan tarif elektrik dan harga gas kelmarin membantu mengimbangi beberapa kerugian, kata mereka. Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merosot 2.47 mata kepada 894.60. Indeks itu dibuka 2.59 mata lebih tinggi pada 899.66 pagi ini.

Indeks KLCI bergerak antara 893.36 dan 901.80 semasa sesi urus niaga semalam. Pada penutup, Indeks perindustrian turun 3.21 mata kepada 2,125.96, Indeks Kewangan jatuh 46.64 mata kepada 7,038.18 dan Indeks Perladangan susut 35.32 mata kepada 4,546.45.

Indeks FBMEmas pula 15.36 mata lebih rendah pada 5,861.48, Indeks FBM30 merosot 18.76 mata kepada 5,777.47 dan Indeks FBMMesdaq berkurangan 90.68 mata kepada 3,314.55 sementara Indeks FBM2BRD tidak berubah pada 3,968.38.

rugi mengatasi saham untung dengan 243 berbalas 214 sementara 209 kaunter tidak berubah, 612 tidak diniagakan dan 61 digantung. Jumlah dagangan mengukuh kepada 339.813 juta saham bernilai RM592.634 juta daripada penutup kelmarin iaitu 313.431 juta saham bernilai RM433.459 juta.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata dana tempatan adalah penyokong terbesar di bursa tempatan dengan membeli saham bermodal besar meskipun terda-patnya kebimbangan yang berterusan berhubung kesan pelan rangsangan Amerika Syarikat terhadap ekonomi global.

“Kita boleh melihat urus niaga dalam jajaran kecil semalam. Walaupun adanya sedikit aktiviti membeli saham murah, beberapa pengurus dana enggan mengambil pegangan secara besar-besaran dan ada antara mereka membeli dalam jumlah yang kecil,” katanya.

Beliau berkata, sokongan TNB berjaya menghalang KLCI daripada terus jatuh. KLCI telah meningkat dua peratus sejak Januari tahun ini daripada 876.75 yang dicatatkan pada 31 Disember 2008, kata beliau.

Jumlah dagangan di Papan Utama mengukuh kepada 288.102 juta saham bernilai RM582.778 juta daripada penutup kelmarin iaitu 254.64 juta saham bernilai RM421.073 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua lega kepada 19.368 juta saham bernilai RM5.6 juta berbanding 21.607 juta saham bernilai RM7.084 juta pada penutup kelmarin.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq menambah kepada 10.852 juta unit bernilai RM2.622 juta daripada 9.278 juta saham bernilai RM2.861 juta sebelumnya. Waran pula lebih rendah kepada 20.575 juta saham bernilai RM1.442 juta daripada 27.117 juta unit bernilai RM2.185 juta kelmarin.

Saham Sime Darby, menerajui saham aktif. Bagaimanapun ia merosot 10 sen kepada RM5.75 diikuti dengan Jaks Resources yang menokok 1.5 sen kepada 45 sen dan Compugates naik setengah sen kepada 16 sen.

Untuk saham berwajaran berat, Maybank kekal pada RM5.35, TNB menokok 15 sen kepada RM5.95 sementara Bumiputra-Commerce kehilangan 15 sen kepada RM6.50. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 3.983 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 30.055 juta, pembinaan 63.872 juta, urus niaga/perkhidmatan 105.195 juta, teknologi 3.32 juta, infrastruktur 6.294 juta, kewangan 21.693 juta, perhotelan 2.529 juta, hartanah 33.673 juta, perladangan 16.231 juta, perlombongan 7,000, REITs 1.214 juta dan dana tertutup 37,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers