February 20, 2009

EONCAP Islamik Sasar Pinjaman Tumbuh 8%

KUALA LUMPUR 19 Feb. - EONCAP Islamic Bank menjangka pertumbuhan pinjaman sebanyak lapan peratus pada tahun ini walaupun berdepan dengan kelembapan ekonomi dunia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fozia Amanulla berkata, jangkaan itu berdasarkan aspek-aspek positif meskipun ekonomi lebih mencabar pada tahun ini.

''Bagaimanapun jangkaan itu bergantung kepada keputusan kewangan suku pertama kami," katanya pada majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
EONCAP merupakan anak syarikat milik penuh EON Bank Bhd.
Mengenai skim itu, beliau berkata, pihaknya yakin dapat mengagihkan kira-kira RM150 juta pinjaman menerusi dua skim pelan pembiayaan baru itu dalam tempoh 10 bulan.

''Jangkaan itu adalah angka konservatif memandangkan kelembapan ekonomi dunia manakala permohonan juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

''Bagaimanapun, kami masih yakin dapat mengatasi jumlah RM150 juta sekali gus meningkatkan pelanggan asas kepada lapan peratus daripada tiga peratus sekarang," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua skim tersebut ditawarkan kepada kakitangan kerajaan Malaysia, pesara kerajaan dan kakitangan perkhidmatan awam yang bakal bersara.

''Perkhidmatan pembiayaan ini memberi peluang kepada mereka untuk merancang pelan persaraan dengan lebih awal dan bagi memenuhi keperluan aliran tunai mereka," katanya.
Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti membolehkan kakitangan kerajaan yang bakal bersara dalam tempoh empat tahun atau kurang, memohon untuk pembiayaan daripada RM10,000 hingga RM100,000 dengan pembayaran balik dilakukan setelah bersara.

Tempoh pembayaran balik antara sembilan hingga 51 bulan dengan kadar purata keuntungan tahunan sebanyak tujuh peratus.

Sementara itu, Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan pula menawarkan pesara yang berkelayakan untuk memohon pembiayaan dari RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran balik antara tiga hingga 15 tahun (atau pada umur 70 tahun yang mana lebih awal).
Skim itu juga menggabungkan perlindungan insurans Takaful dengan memberikan subsidi premium.

Kedua-dua skim pembiayaan baru itu boleh didapati di mana-mana lima cawangan EONCAP Islamic dan semua cawangan EON Bank di seluruh negara.
Tambahnya, EONCAP Islamic juga merancang untuk memperkenalkan dua produk lagi tahun ini tetapi enggan mengulas lanjut tentang produk itu.

Mengulas mengenai nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL), katanya, kadar NPL bersih bagi segmen produk pengguna kurang daripada tiga peratus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers