April 18, 2009

Untung Bersih Suku Pertama Bursa Malaysia RM15.5Juta

BURSA Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih RM15.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, penurunan 63 peratus berbanding RM42.1 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Menerusi kenyataan semalam, Bursa Malaysia berkata, keuntungan lebih rendah itu disebabkan terutama oleh penurunan pendapatan dagangan ekuiti susulan kelembapan ekonomi global yang turut memberi kesan terhadap pasaran dunia lain.

Pendapatan operasi syarikat, susut 40 peratus kepada RM54.4 juta berbanding RM91.0 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya. Nilai purata dagangan harian pasaran sekuriti ialah RM690 juta dalam suku kajian berbanding RM2.04 bilion pada suku sama 2008.

“Ia menyebabkan penyusutan pendapatan dagangan ekuiti sebanyak 60 peratus kepada RM19.5 juta berbanding RM48.9 juta. “Halaju dalam suku kajian berada pada 23 peratus disebabkan dagangan lebih rendah di pasaran sekuriti,” katanya sambil menambah pasaran derivatif turut menerima kesan daripada sentimen pasaran semasa.

Kenyataan itu menambah, pasaran mengalami kejatuhan 21 peratus dalam kontrak didagangkan, iaitu 1.38 juta kontrak diniagakan sepanjang suku berkenaan berbanding 1.76 juta kontrak suku sama tahun sebelumnya.

Mengulas prestasi syarikat, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata prestasi sukuan itu jelas terjejas daripada penyusutan jumlah dagangan disebabkan krisis ekonomi dunia yang masih berlanjutan.

Katanya, Bursa Malaysia berada dalam usaha memelihara tunai secara aktif, mengamalkan pengurusan kos berhemat dan langkah mengurangkan kos bagi menangani cabaran mendatang. “Bagai melegakan impak, kami mensasar mengurangkan bajet perbelanjaan operasi dan modal sebanyak 15 peratus,” katanya.

Kenyataan itu menambah, minat kekal kukuh terhadap produk utama Bursa Malaysia iaitu kontrak dagangan hadapan minyak sawit mentah (FCPO). FCPO merekodkan prestasi stabil 823,000 kontrak dalam suku berkenaan berbanding 827,000 kontrak setahun lalu.

Minat terbuka bagi FCPO, kekal kukuh pada 88,926 kontrak bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac lalu berbanding 43,624 kontrak tempoh sama tahun sebelumnya. Kuala Lumpur Index Futures (FKLI) pula mencatat penurunan dalam kontrak diniagakan; 522,000 kontrak berbanding 894,000. - Bernama “Pendapatan dagangan bagi pasaran derivatif susut 23 peratus kepada RM9.4 juta daripada RM12.2 juta,” katanya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers