April 28, 2009

Ulasan Pasaran: Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam apabila pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 1.27 peratus atau 12.56 mata untuk ditutup kepada 980.12. Indeks utama dibuka 3.07 mata lebih tinggi kepada 995.75 pagi semalam.

Peniaga berkata aktiviti pengambilan untung dalam saham perladangan dan kewangan utama menyeret turun indeks utama ke bahagian negatif.



Mereka berkata berita wabak selesema babi di Mexico juga melemahkan sentimen pasaran tempatan serta pasaran serantau.

Bagaimanapun, mereka berkata pengumuman liberalisasi langkah bagi sektor kewangan negara telah menyediakan sokongan kepada pasaran.

Indeks Kewangan turun 81.01 mata untuk ditutup kepada 7,528.95, Indeks Perladangan susut 54.12 mata kepada 4,992.77 manakala Indeks Perusahaan jatuh 15.79 mata kepada 2,242.06.

Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas berkurangan 100.59 mata kepada 6,470.59, FBM30 turun 87.21 mata kepada 6,276.11, FBM2BRD susut 0.66 mata kepada 4,309.56 dan FBM-MDQ jatuh 146.77 mata kepada 3,470.38.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbanding 184 manakala 169 kaunter tidak berubah, 379 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Keseluruhan jumlah dagangan meningkat kepada 2.109 bilion saham bernilai RM1.418 bilion berbanding 2.082 bilion saham bernilai RM1.667 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Menerajui senarai saham cergas, Talam naik 1.5 sen kepada 8.5 sen, Ramunia menokok 11.5 sen kepada 65.0 sen manakala Time dotCom meningkat satu sen kepada 33.5 sen.

KNM Group turun 2.5 sen kepada 55 sen manakala SAAG Consolidated susut dua sen kepada 26 sen.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby, Tenaga dan Bumiputra-Commerce semua susut 15 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.50, RM7.10 dan RM8.

Maybank susut empat sen kepada RM4.46, IOI Corp turun lapan sen kepada RM4.32 manakala MISC meningkat lima sen kepada RM8.50.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.694 bilion saham bernilai RM1.270 bilion daripada 1.671 bilion saham bernilai RM1.556 bilion Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 280.898 juta saham bernilai RM128.229 juta berbanding 252.141 juta saham bernilai RM84.287 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 95.439 juta saham bernilai RM13.738 juta berbanding 107.718 juta saham bernilai RM16.269 juta, Jumaat lalu.

Waran susut kepada 34.571 juta bernilai RM4.936 juta berbanding 43.354 juta bernilai RM7.211 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 45.572 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 268.389 juta, pembinaan 87.705 juta, perdagangan/perkhidmatan 573.783 juta, teknologi 18.907 juta, prasarana 98.785 juta, kewangan 129.603 juta, hotel 11.977 juta, harta 440.300 juta, perladangan 17.660 juta, perlombongan 24,000, REITs 1.401 juta dan dana tertutup 65,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers