HARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan keuntungan buat tiga minggu berturut-turut minggu lalu, dibantu kenaikan kukuh pasaran saham global berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, komitmen baru negara G20 untuk merangsang ekonomi global dengan menyediakan dana berjumlah AS$1.1 trilion kepada IMF dan kelonggaran peraturan perakaunan berkaitan pemasaran.
Tanpa disangka, kesan limpahan itu ke atas pasaran tempatan adalah sangat kuat sehingga pengurus dana yang mempunyai banyak tunai mengambil peluang memasuki pasaran, manakala sesetengah dana asing mula membeli saham yang bernilai secara sedikit demi sedikit.
Pasaran lemah yang sedang mengumpul kekuatan untuk meningkat semula digerakkan harapan bahawa situasi buruk sudah berakhir dan terdapat mudah tunai yang banyak dalam sistem.
Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 21.58 mata, atau 2.4 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 907.01 mata, dengan purata dagangan harian dan nilai dagangan masing-masing bertambah kepada 579.4 juta saham bernilai RM840 juta, berbanding 543.8 juta saham dan purata dagangan RM841.5 juta dalam minggu sebelumnya.
Harapan bagi pasaran yang lemah untuk meningkat semula dan menguji paras tinggi tahun ini pada 936 mata adalah cerah, tetapi ia tidak disokong asas ekonomi, selain kita hanya mempunyai data industri utama luar negara yang positif bagi tempoh satu bulan.
Apa yang kita saksikan sekarang adalah pelabur cuba memasuki pasaran ekuiti atas jangkaan bahawa ekonomi global akan melonjak semula pada suku keempat 2009 dan sehubungan itu, pasaran sepatutnya akan bergerak naik enam bulan lebih awal daripada itu, diandaikan sekarang.
Dunia mengiktiraf data ekonomi daripada negara ekonomi terbesar dunia adalah satu petunjuk yang baik bahawa proses pemulihan sedang berlaku dan bertindak secara positif kepada beberapa petunjuk utama itu akan memberikan keputusan yang positif.
Bagaimanapun, perubahan secara serta-merta itu tidak memberikan apa-apa bukti untuk membuat kesimpulan bahawa kelemahan pasaran sudah berakhir. Justeru, pasaran lemah yang sedang mengumpul kekuatannya untuk meningkat semula itu mungkin tidak bertahan dan ia bergantung kepada keadaan turun-naik yang akan berlaku dalam tempoh enam bulan akan datang dan apabila data ekonomi menjadi lebih buruk daripada jangkaan, manakala keputusan kewangan pula menunjukkan kejatuhan mendadak.
Pada peringkat tempatan, kemenangan Barisan Nasional dalam tiga pilihan kecil pada 7 April ini boleh menaikkan profil parti itu di kalangan rakyat Malaysia, membantu mengurangkan ketidaktentuan politik dan merancakkan pasaran ekuiti.
Kekalahan semuanya pula akan menjadi satu bencana dan pasaran tidak akan memandang ringan perkara itu kerana ia akan membawa kepada lebih banyak perdebatan dan memberikan kredibiliti kepada parti lawan untuk meneruskan agenda politik mereka.
Bagaimanapun, faktor yang menyeimbangkan keadaan itu adalah pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru untuk menjadikan keadaan lebih terkawal. Dari segi tinjauan pasaran pula, pasaran saham AS yang kukuh dan bertambah meningkat pada Jumaat lalu di sebalik kadar pengangguran yang tinggi sehingga kepada paras tertingginya dalam tempoh 26 tahun iaitu pada kadar 8.5 peratus, menunjukkan keuntungan berterusan pasaran saham luar negara itu boleh meningkatkan lagi pasaran saham tempatan minggu ini. Bagi KLCI, pergerakan kepada paras tertinggi 936 mata tahun ini disaksikan pada 7 Januari bukan sesuatu yang mustahil sebelum kegiatan mengambil untung berlaku.
Kepada pelabur jangka sederhana, cubalah menjual semasa kenaikan sekarang apabila pasaran boleh bertahan pada paras 920 dan 940 mata untuk mencari peluang memasuki semula pasaran dengan membeli pula saham berharga lebih murah.
April 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com