April 10, 2009

Harga saham ditutup tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, dengan sentimen positif susulan pengumuman barisan baru Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata peniaga. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 10.02 mata lebih tinggi pada 917.89, selepas dibuka 5.84 mata lebih tinggi pada 913.71. Ahli ekonomi berpendapat barisan baru Kabinet itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran.

Indeks Kewangan meningkat 80.41 mata kepada 6,832.44, Indeks Perusahaan menokok 17.01 mata kepada 2,168.12 manakala Indeks Perladangan menambah 65.83 mata kepada 4,797.22. Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas meningkat 67.8 mata kepada 6,028.48, FBM30 menokok 58.21 mata kepada 5,884.97, FBM2BRD menambah 29.24 mata kepada 3,991.08 manakala FBM-MDQ meningkat 38.73 mata kepada 3,024.78.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 378 berbanding 137 manakala 189 kaunter tidak berubah, 540 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 715.124 juta saham bernilai RM990.704 juta berbanding 613.012 juta saham bernilai RM945.836 juta kelmarin. Antara saham aktif, Maybank-OR susut dua sen kepada RM1, Johan Holdings meningkat lima sen kepada 31 sen, KNM tidak berubah pada 43 sen dan MRCB meningkat empat sen kepada 97.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok lima sen kepada RM6.10, Maybank meningkat enam sen kepada RM3.88, Tenaga untung lima sen kepada RM6.10 manakala TM tidak berubah pada RM3.58.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 651.606 juta saham bernilai RM975.666 juta berbanding 556.128 juta saham bernilai RM935.607 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan kedua turun kepada 19.265 juta saham bernilai RM6.022 juta berbanding 20.832 juta saham bernilai RM5.095 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 13.076 juta saham bernilai RM2.187 juta berbanding 16.376 juta saham bernilai RM2.871 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 15.35 juta saham bernilai RM1.591 juta berbanding 17.214 juta saham bernilai RM1.717 juta kelmarin. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 16.690 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 79.741 juta, pembinaan 108.047 juta, perdagangan/perkhidmatan 245.808 juta, teknologi 7.342 juta, infrastruktur 11.623 juta, kewangan 99.077 juta, hotel 2.151 juta, hartanah 63.116 juta, perladangan 17.022 juta, perlombongan tiada, REIT 923,300 dan dana tertutup 66,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers