April 9, 2009

Tinjauan Pasaran: Indeks komposit susut 11.97 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan momentum belian yang kurang menggalakkan dengan pelabur mengambil untung sementara menunggu pengumuman barisan Kabinet baru. Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 11.97 mata kepada 907.87 selepas dibuka lima mata lebih rendah pada 914.84 pagi semalam.

TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata bursa tempatan meneruskan dengan aktiviti pengambilan untungnya semalam yang mana kejatuhan semalaman di Wall Street terus menjejaskan lagi sentimen pasaran.
KLCI dijangka menguji paras sokongan dan halangan 910 mata semalam, kata seorang peniaga.

Pada penutup, Indeks Kewangan merosot 98.9 mata kepada 6,752.03, Indeks Perindustrian turun 25.41 mata kepada 2,151.11 dan Indeks Perladangan lebih rendah 30.66 mata kepada 4,731.39. Daripada siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas berkurangan 77.27 mata kepada 5,960.68, Indeks FBM30 turun 74.89 mata kepada 5,826.76, FBM2BRD mengukuh 7.15 mata kepada 3,961.84 dan FBM-MDQ lebih rendah 70.31 mata kepada 2,986.05.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 352 berbalas 144 sementara 178 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 613.012 juta saham bernilai RM945.836 juta daripada 803.731 juta saham bernilai RM1.22 bilion kelmarin.

Di kalangan saham aktif, Maybank-OR susut empat sen kepada RM1.02, Axiata menokok lima sen kepada RM1.84, KNM turun setengah sen kepada 43 sen dan Mulpha International berkurangan dua sen kepada 29.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran berat, Sime Darby dan Maybank turun 10 sen setiap satu kepada RM6.05 dan RM3.82, Tenaga Nasional lebih rendah 25 sen kepada RM6.05 dan TM susut enam sen kepada RM3.58.
Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 556.128 juta saham bernilai RM935.607 juta daripada 741.805 juta saham bernilai RM1.21 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 20.832 juta saham bernilai RM5.095 juta berbanding 28.918 juta saham bernilai RM5.296 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 16.376 juta saham bernilai RM2.871 juta daripada 11.494 juta saham bernilai RM1.792 juta kelmarin.

Waran, bagaimanapun, merosot kepada 17.214 juta saham bernilai RM1.717 juta daripada 20.767 juta saham bernilai RM2.534 juta sebelumnya. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 16.503 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 86.264 juta, pembinaan 99.369 juta, urus niaga/perkhidmatan 197.554 juta, teknologi 7.545 juta, infrastruktur 8.926 juta, kewangan 68.788 juta, perhotelan 1.987 juta, hartanah 50.405 juta, perladangan 17.826 juta, perlombongan 5,000, REITs 939,000 juta dan dana tertutup 18,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers