SAHAM di Bursa Malaysia melanjutkan rali untuk minggu kelima berturut-turut minggu lalu didorong momentum belian kukuh saham berharga murah, sekali gus menyaksikan jumlah dagangan melepasi paras satu bilion saham. Adalah jelas bahawa pelabur runcit sudah mula memasuki pasaran secara besar-besaran.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menokok 23.8 mata, atau 2.5 peratus minggu lalu untuk ditutup pada paras tertinggi baru enam bulan 965.17, dengan lebih separuh daripadanya disumbangkan Maybank (naik 42 sen), Tenaga Nasional Bhd (naik 60 sen), BCHB (naik 30 sen) dan Public Bank (naik 40 sen). Dagangan purata harian dan nilainya meningkat kepada 1.44 bilion saham bernilai RM1.21 bilion, berbanding 832.8 juta saham bernilai RM1.15 bilion minggu sebelumnya Purata dagangan harian adalah yang tertinggi sejak Oktober 2007.
Harga saham Tenaga dan Public Bank menokok susulan keputusan kewangan lebih baik daripada jangkaan minggu lalu, manakala bank seperti Maybank dan Commerce turut meningkat, dikaitkan dengan pelbagai faktor, terutama senario politik semasa. Dalam perkembangan luar, keputusan kewangan lebih baik daripada jangkaan, terutama disumbangkan keuntungan dagangan, melonjakkan pasaran Amerika Syarikat (AS) minggu lalu dan pasaran dunia lain turut menyusuli berikutan pelabur mengambil kesempatan berdagang dalam kemudahruapan diwujudkan oleh rali pramatang. Adalah masih kurang pasti sama ada bank AS boleh mengulangi prestasi baik itu dalam suku tahun semasa jika pasaran modal berdepan halangan berikutan prestasi operasi tidak begitu menarik. Jika pasaran perumahan berterusan lemah dan harga tidak pantas pulih, banyak peruntukan dirangka untuk bank AS.
Tiada penanda aras utama minggu ini kecuali bagi Indeks Harga Pengguna (IHP) dan angka rizab asing, Rabu ini. IHP bagi Mac dijangka meneruskan aliran menurun dengan tekanan kelegaan harga dan jangkaan konsensus ialah ia akan berkembang 3.6 peratus sebulan sebelum ini. Sementara itu, rizab asing boleh memberi kelegaan kepada aliran dana untuk menarik pembabitan pelabur asing ke dalam pasaran selepas ia melega kepada 20.8 peratus bulan lalu daripada tinggi 27.5 peratus pada April 2007. Berikutan angka di atas dijangka akan jatuh selari jangkaan pasaran, hala tuju pasaran minggu ini akan terus didorong faktor luaran. Sementara itu, pasaran saham tempatan memilih untuk tidak mengindahkan momentum terlebih belian teknikal minggu lalu dan lebih selesa untuk bertindak berdasarkan penanda aliran bulis dan pasaran asing yang menunjukkan kenaikan bias kukuh. Bagaimanapun, kecuali jumlah aliran dagangan harian kekal di atas paras satu bilion saham, pelabur boleh menjangka pembetulan pengambilan untung minggu ini yang diperlukan untuk meneutralkan persekitaran terlebih belian teknikal dan memberi laluan kepada pengukuhan pasaran yang sihat. Paras psikologi adalah dijangkakan pada 1,000 mata. Sokongan semerta disemak semula lebih tinggi kepada 950 mata, dengan sokongan berikutnya pada paras 936 mata. Dari segi sektor, saham dalam sektor pembinaan, minyak dan gas, dan perladangan dijangkakan mencatat prestasi lebih baik, sungguhpun berlaku pengukuhan pengambilan untung di pasaran meluas
April 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com