April 24, 2009

Pertumbuhan eksport Malaysia kembali positif

MALAYSIA dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan eksport positif menjelang suku ketiga tahun ini selepas mengalami penguncupan sejak Oktober tahun lalu kesan daripada kelembapan ekonomi dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Tan Sri Abdul Rahman Mamat, berkata jangkaan itu berdasarkan kepada beberapa perkembangan positif sejak kebelakangan ini, termasuk wujudnya petunjuk awal peningkatan permintaan dari China.

“Berdasarkan maklum balas awal Jawatankuasa Pemantau kami, jumlah eksport di Pulau Pinang sudah mula meningkat semula khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan barang separuh siap.
“Ini petunjuk awal pemulihan (eksport) dan paling menarik permintaan itu datangnya daripada China, bukan pasaran eksport tradisi Malaysia, iaitu Amerika Syarikat (AS).

“Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan China memberi manfaat dalam peningkatan permintaan daripada negara itu. Kita jangkakan eksport barangan negara akan kembali menunjukkan pertumbuhan positif pada suku ketiga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ulasan buku Perubahan Membawa Harapan: 20 Strategi Untuk Menjadi Negara Maju di Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia mula menerima bahang kelembapan ekonomi dunia pada Oktober tahun lalu apabila nilai eksportnya menguncup 2.6 peratus. Penguncupan itu meningkat kepada 4.9 peratus pada November dan 14.9 peratus pada Disember.

Pada Januari lalu, nilai eksport negara mencatatkan penguncupan paling tinggi dalam sejarah pada 27 peratus. Bagaimanapun arah aliran itu reda pada Februari dengan kadar penguncupan berkurangan kepada 15 peratus.

China kini muncul antara destinasi utama eksport Malaysia dengan menyumbang 12 peratus daripada nilai keseluruhan eksport negara tahun lalu daripada cuma antara tiga hingga lima peratus sedekad lalu.

Negara itu kini melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai empat trilion yuan (RM2.14 trilion) atau 12.6 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasarnya, iaitu antara pakej suntikan fiskal terbesar di rantau ini. Abdul Rahman menegaskan, peningkatan semula harga komoditi khususnya minyak sawit kini mencecah RM2,400 setan juga mampu memberikan kesan positif kepada eksport negara.

Bagaimanapun, katanya, sama ada pasaran eksport secara keseluruhannya sudah pulih masih tidak dipastikan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers