Lonjakan saham minggu lalu asas kukuh prestasi pasaran berkekalan
PETUNJUK positif susulan prestasi kukuh pasaran Wall Street mempengaruhi peningkatan pasaran tempatan yang menyaksikan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) melonjak melepasi paras tertinggi 936 mata minggu lalu.
Keadaan itu berlaku di sebalik pengumuman berterusan angka eksport dan Indeks Harga Pengeluar serta kesukaran Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.
Pasaran saham tempatan mengalami lonjakan pada Jumaat, apabila penanda aras utama naik melepasi paras halangan 936 mata, didorong oleh aktiviti belian kukuh, seiring peningkatan tinggi bursa serantau.
Minggu lalu, KLCI meningkat 34.37 mata atau 3.8 peratus untuk ditutup pada 941.38 mata, iaitu paras tertingginya tahun ini. Kenaikan itu juga disertai oleh peningkatan purata jumlah dan nilai dagangan harian kepada masing-masing 832.8 juta saham bernilai RM1.15 bilion, berbanding 579.4 juta saham bernilai RM840 juta sehari minggu sebelumnya.
Ia adalah purata dagangan harian tertinggi sejak November tahun lalu. Peningkatan tinggi indeks minggu lalu juga didorong oleh saham perladangan yang diterajui kaunter Sime Darby, IOI Corporation dan KL Kepong dengan menyumbang sepertiga daripada lonjakan.
Momentum positif dagangan minggu lalu juga dijangka berterusan awal minggu ini, sebelum berlaku aktiviti pengambilan untung susulan kedudukan lebihan belian. Pasaran tempatan akan terus dipengaruhi faktor luaran pada minggu ini, serta bakal menyaksikan bank utama Amerika Syarikat (AS) seperti Goldman Sachs, Citigroup dan JPMorgan dijadual mengumumkan keputusan kewangan peringkat sukuan.
Sebahagian besar pelabur meramalkan bank itu mampu mengumumkan keputusan di luar jangkaan dengan kelonggaran peraturan penetapan kepada pasaran. Berita terbaru mengatakan Goldman Sachs bercadang untuk menjana tunai menerusi terbitan sahamnya, untuk membayar pinjaman bernilai AS$10 bilion yang diterima menerusi Program Bantuan Aset Bermasalah, sekali gus menggambarkan peningkatan pendapatan. Langkah sama juga dijangka bakal diambil oleh peserta industri lain.
Kejayaan menerbitkan saham baru untuk menambah kecukupan modal ketika harga saham pulih, akan membantu sebilangan bank lulus ujian penapisan syarikat bermasalah oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang membabitkan 19 bank terbesarnya yang dimuktamadkan menjelang akhir bulan ini.
Bagaimanapun, ia mungkin menimbulkan kebimbangan berhubung pendapatan yang bakal terhakis dan akan menjejaskan pasaran seperti yang berlaku kepada Maybank dan pasaran tempatan baru-baru ini.
Kesimpulannya, di pasaran tempatan, walaupun berlaku kedudukan lebihan belian yang berpotensi mewujudkan aktiviti pengambilan untung minggu ini, petunjuk aliran yang lebih kukuh, membayangkan aliran meningkat semasa boleh berterusan.
Tambahan pula, lonjakan tinggi Jumaat lalu turut disertai oleh peningkatan tinggi jumlah dagangan, justeru menjadi asas kukuh kepada sesuatu aliran meningkat pasaran yang boleh berkekalan.
Paras halangan yang perlu diberi perhatian adalah pada 963 mata, manakala paras halangan kukuh indeks adalah 1,000 mata, sementara paras sokongan pula disemak semula kepada 936, 926 dan 920 mata.
Dari sudut syarikat, saham perladangan seperti IOI Corp, KLK dan Sime Darby dijangka terus meningkat susulan lonjakan harga minyak sawit yang diramal mencecah RM2,300 satu tan. Saham murah seperti E&O, Muhibbah, Ranhill, Zelan, BJCorp, Johan dan Pelikan turut dijangka mampu mengatasi prestasi peningkatan pasaran secara keseluruhannya.
April 13, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com