April 14, 2009

Kerajaan salur baki dana RM7b pertengahan Jun

SEMUA RM7 bilion dana di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama dijangkakan disalurkan menjelang Jun ini, manakala RM10 bilion yang diperuntukkan dalam pakej kedua bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan pula menjelang September.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, berkata, sehingga semalam kerajaan menyalurkan kepada pelbagai kementerian sebanyak RM5.9 bilion daripada RM7 bilion yang diperuntukkan di bawah pakej rangsangan pertama yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada November tahun lalu.

Beliau berkata, bagi suntikan fiskal RM10 bilion di bawah pakej rangsangan kedua yang diumumkan pada 10 Mac lalu pula, RM5 bilion sudah disalurkan bagi tujuan perbelanjaan pembangunan kira-kira dua minggu selepas itu.

“Kerajaan menyasar menyalurkan baki RM1.1 bilion lagi peruntukan dalam pakej rangsangan menjelang pertengahan Jun ini, sementara RM5 bilion yang diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dalam pakej pertama akan disalurkan secepat mungkin, dan ia dijangka selesai menjelang September ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Menteri Kewangan Kedua kepada beliau oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Putrajaya, semalam.

Najib ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Kedua bernilai RM60 bilion pada 10 Mac lalu berkata, sebanyak RM15 bilion daripada peruntukan itu adalah sebagai suntikan fiskal, yang mana RM10 bilion akan dibelanjakan tahun ini, manakala RM5 bilion lagi tahun depan.

Daripada RM10 bilion untuk tahun ini itu pula, RM5 bilion untuk belanja mengurus manakala RM5 bilion lagi untuk pembangunan.

Mengenai kemungkinan Malaysia mengubah kaedah pentadbiran tukaran mata wang dalam persekitaran yang tidak menentu ketika ini, Ahmad Husni berkata, kaedah apungan terurus yang diamalkan ketika ini akan dikekalkan.

“Mekanisme pengapungan terurus ringgit adalah kena pada tempatnya bagi melindungi kesan turun naik tukaran asing yang tinggi. Tiada sebab untuk kita mengubahnya buat masa ini,” katanya.

Mengulas pelantikannya, Husni berkata, beliau berazam memastikan ekonomi negara pulih dan kembali mengalami pertumbuhan mapan. “Saya akan beri keutamaan memastikan pelaksanaan kedua-dua pakej rangsangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Saya juga akan memberi tumpuan dan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelaras Pelaksanaan untuk memastikan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dilaksanakan mengikut jadual,” katanya.

Husni menegaskan, Kementerian Kewangan akan melakukan apa juga yang diperlukan untuk mengukuhkan lagi keyakinan pelabur dan pengguna untuk meningkatkan pelaburan dan penggunaan domestik.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers