April 16, 2009

Ekonomi negara lebih baik separuh kedua

KEDUDUKAN ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua tahun ini hasil daripada pelaksanaan dua pakej rangsangan fiskal serta persekitaran monetari yang menyokong pertumbuhan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Bagaimanapun tegasnya, kedudukan ekonomi pada separuh pertama yang terjejas berikutan penurunan permintaan luar, akan menyebabkan kemungkinan negara ini mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mendatar bagi seluruh tahun ini. “Kesan (negatif) perkembangan global akan memberi kesan kepada pertumbuhan pada suku pertama dan kedua. Angka eksport menggambarkan perkara itu.

“Bagaimanapun, ekonomi pada separuh kedua dijangka lebih baik apabila kesan pelaksanaan rangsangan fiskal mula dirasai dan persekitaran monetari yang menyokong pertumbuhan serta jangkaan ekonomi luar yang lebih stabil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Perjanjian Induk Murabahah Antara Bank di Kuala Lumpur, semalam.

Eksport Malaysia bagi Januari dan Februari lalu masing-masing menguncup 27.8 peratus dan 15.9 peratus berbanding bulan sama tahun lalu susulan kelembapan permintaan luar. Zeti berkata, tumpuan negara kini adalah untuk merangsang penggunaan serta permintaan domestik bagi menampung penurunan dalam sektor luar dan setakat ini masih belum ada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK.
“Apa yang sedang dialami kini adalah penurunan sektor luar, namun sektor domestik masih berkembang. Justeru, dasar disasarkan untuk mengekalkan permintaan domestik.

“Buat masa ini, kami menjangka ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan lebih kurang pada kadar mendatar berikutan penurunan permintaan luar yang diimbangi oleh permintaan domestik,” katanya. Unjuran rasmi pertumbuhan KDNK negara yang diumumkan baru-baru ini oleh Bank Negara bagi tahun ini adalah antara -1 peratus hingga satu peratus.

Mengenai kemungkinan Bank Negara mengikut jejak Singapura menguruskan kecairan dengan turut mengubah jajaran kadar tukaran asing, Zeti menegaskan, bank pusat itu tidak bercadang menggunakan tukaran asing sebagai instrumen dalam menguruskan ekonomi.

“Kami tidak menguruskan kadar tukaran asing berbanding mata wang tertentu yang khusus, ia dibuat berbanding sekumpulan mata wang. “Kami juga tidak mengubah suai kadar tukaran kerana ia bukan satu instrumen dasar, tetapi instrumen bagi urusan perdagangan dan pelaburan.

Objektif kami adalah memastikan persekitaran pasaran tukaran yang lebih terurus,” katanya. Kelmarin, Monetary Authority of Singapore, bank pusat Singapura dilaporkan berkata, ia turut menetapkan dasar monetari dengan menguruskan kadar tukaran dolar Singapura dalam suatu jajaran rahsia, selain daripada menggunakan kadar faedah.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers