April 25, 2009

Dagangan Aktif Bursa Malaysia DiTutup Tinggi

KUALA LUMPUR 24 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan dagangan aktif, diketuai keuntungan di kebanyakan kaunter saham mewah apabila pelabur memberi respons positif terhadap liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan baru-baru ini, kata peniaga.

Kaunter berasaskan perkhidmatan menjadi tumpuan hari ini, meningkatkan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) sebanyak 1.44 peratus atau 14.04 mata untuk ditutup hari ini pada 992.68. Indeks utama dibuka 3.45 mata lebih tinggi pada 982.09 pagi ini.

Pada penutup, Indeks Kewangan melonjak 154.45 mata kepada 7,609.96, Indeks Perladangan menokok 89.81 mata kepada 5,046.89 dan Indeks Perusahaan menambah 26.76 mata kepada 2,257.85.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 594 berbanding 139 manakala 185 kaunter tidak berubah, 324 tidak diniagakan dan 35 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.082 bilion saham bernilai RM1.667 bilion berbanding 1.366 bilion saham bernilai RM1.276 bilion pada Khamis.

Mengetuai senarai aktif, KNM Group meningkat 1.5 sen kepada 57.5 sen, Ramunia menokok 15.5 sen kepada 53.5 sen, SAAG Consolidated menambah 4.5 sen kepada 28 sen, Mulpha International untung enam sen kepada 44.5 sen manakala Resorts World menokok 11 sen kepada RM2.54.

Bagi kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby menokok 20 sen kepada RM6.65, Tenaga Nasional untung lima sen kepada RM7.25 manakala Maybank meningkat 10 sen kepada RM4.50.

Jumlah dagangan di Papan Utama melonjak kepada 1.671 bilion saham bernilai RM1.556 bilion berbanding 1.167 bilion saham bernilai RM1.230 bilion yang diurus niaga semalam.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 252.141 juta saham bernilai RM84.287 juta berbanding 92.502 juta saham bernilai RM28.111 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 107.718 juta saham bernilai RM16.269 juta berbanding 73.271 juta saham bernilai RM11.038 juta.

Warant meningkat kepada 43.354 juta saham bernilai RM7.281 juta berbanding 26.800 juta saham bernilai RM4.573 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 61.219 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 389.961 juta, pembinaan 115.281 juta, perdagangan/perkhidmatan 539.087 juta, teknologi 22.181 juta, infrastruktur 38.185 juta, kewangan 177.393 juta, hotel 21.359 juta, hartanah 268.432 juta, perladangan 37.052 juta, perlombongan 700, REIT 986,800 dan dana tertutup 141,900. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers