PERBADANAN Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) akan mengeluarkan hasil kajian terkini mengenai kesan krisis kewangan dan ekonomi global terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) awal bulan depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kajian kali kedua itu bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai kesan krisis terbabit terhadap PKS selepas kajian pertama dijalankan pada suku keempat tahun lalu mendapati ia tidak begitu menjejaskan sektor berkenaan.
Beliau berkata, kajian terdahulu oleh Smidec mengenai kesan krisis kewangan dan ekonomi global terhadap PKS dilaksanakan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) membabitkan 1,143 PKS.
“Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat mengenai kajian kedua itu yang masih dilakukan. Hasil kajiannya akan diketahui awal bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke pejabat Smidec di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Eksekutif Smidec, Datuk Hafsah Hashim. Dalam pada itu, Mustapa berkata, perancangan untuk menukar status Smidec kepada SME Corporation sedang dibuat dengan tugas dan jawatan baru serta rang undang-undang mengenainya dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Beliau berkata, Smidec adalah organisasi penting untuk pembangunan PKS negara dan apabila menjadi SME Corporation kelak, peranan dan tanggungjawabnya akan menjadi lebih penting. “Saya akan memberi tumpuan terhadap isu mengenai PKS dan melakukan pengawasan yang kerap terhadapnya,” katanya. Sementara itu, pada majlis berasingan, Hafsah berkata, sejumlah RM3.2 bilion diperuntukkan kerajaan membabitkan 198 program tahun lalu bagi pembangunan PKS dalam pelbagai sektor.
Beliau berkata, program terbabit disasarkan untuk memaju dan meningkatkan keupayaan syarikat PKS dalam usaha memastikan kesinambungan mereka dalam perniagaan.
“Sejumlah 317,000 PKS disasarkan mendapat manfaat daripada pelaksanaan aktiviti ini,” katanya pada ucaptama Persidangan PKS Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Borhan Sidik.
Hafsah menambah, Smidec menggunakan pendekatan menyeluruh dalam mempromosi dan meningkatkan keupayaan PKS menerusi pelbagai program bantuan kewangan dan pembangunan. Katanya, menerusi skim geran padanan perniagaan setakat ini, sejumlah 21,208 projek berjumlah RM587.3 juta diluluskan, manakala untuk skim pinjaman mudah, sejumlah 1,488 permohonan diluluskan berjumlah RM864.9 juta.
“Setakat 2008, 859 PKS sudah mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat multinasional dan syarikat kerajaan atau syarikat besar, menghasilkan jualan keseluruhan berjumlah RM893.79 juta,” katanya. Beliau berkata, aktiviti menghubungkan PKS dengan syarikat multinasional dan syarikat kerajaan atau syarikat besar itu, kebanyakannya dilaksanakan ketika sesi padanan perniagaan pada acara tahunan Pameran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidex).
Tahun ini, Smidec akan menganjurkan Smidex 2009 yang bertemakan “Inovasi dan Teknologi: Mengekalkan Kuasa Untuk PKS” mulai 3 hingga 5 Jun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. “Acara itu akan diadakan serentak dengan Kongres Perdagangan Dunia 2009,” kata Hafsah.
April 15, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com