April 10, 2009

Penyatuan papan bursa dimuktamad akhir bulan

SURUHANJAYA Sekuriti (SC) berkata, langkah penyatuan Papan Utama dan Kedua akan dimuktamadkan akhir bulan ini dan satu garis panduan sekuriti baru akan diumumkan.

Pengerusinya, Datuk Seri Zarinah Anwar, berkata SC kini sedang meneliti cadangan daripada pelbagai pihak selepas mengemukakan dokumen bagi rundingan awam untuk tujuan penyatuan kedua-dua papan dagangan itu.

“Kami menerima banyak maklum balas dan komen daripada peserta industri domestik dan juga antarabangsa berhubung penyatuan itu. Ketika ini, kami sedang mengkaji pelbagai cadangan yang boleh diambil sebagai peraturan baru.

“Kami sedang menyiapkan garis panduan dan akan mengumumkannya pada akhir bulan ini,” katanya selepas majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM) dan Taiwan Securities Association di Kuala Lumpur, semalam.

Langkah penyatuan papan dagangan yang diumumkan pada Mac tahun lalu itu bertujuan menyelaraskan syarikat Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia berserta penstrukturan dan penjenamaan semula Pasaran Mesdaq.

Penyatuan dagangan itu dijangka dapat memangkinkan penyenaraian syarikat yang lebih bermutu di bursa tempatan. Pengurangan jumlah papan dagangan juga dijangkakan mampu mewujudkan persekitaran pasaran yang lebih dinamik yang diwakili syarikat pelbagai saiz yang akan dipantau pelabur antarabangsa.

Ia dijangka mampu mengatasi masalah yang timbul ketika ini iaitu apabila pelabur antarabangsa lebih memberi tumpuan kepada kaunter Papan Utama dan meminggirkan kaunter Papan Kedua, meskipun sebahagian besar syarikat di papan itu berkedudukan baik dari segi kewangan.
Pada masa sama, Pasaran Mesdaq akan dirombak bagi membolehkan syarikat lebih kecil disenaraikan ketika peringkat awalnya. Susulan itu, SC dan Bursa Malaysia, sebelum ini meminta maklum balas awam berhubung keperluan penyenaraian dan penjanaan modal menerusi ekuiti bagi pembentukan garis panduan baru.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers