April 30, 2009

Harga saham KLCI ditutup tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan pengukuhan disokong oleh belian berterusan untuk saham mewah terpilih dan saham berharga murah.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 1.76 mata untuk mengakhiri hari urus niaga pada 967.46. Ia dibuka 1.88 mata lebih rendah pada 963.582.

Peniaga berkata pasaran memulakan hari urus niaga pada kawasan negatif dengan kebanyakan pelabur menjual pegangan masing-masing untuk mengelak kerugian seterusnya berikutan kebimbangan mengenai penularan wabak selesema babi yang dijangka melembapkan pemulihan ekonomi global.

Bagaimanapun, belian berterusan bagi saham berwajaran berat terpilih, membantu menolak indeks utama ke pergerakan positif selepas mencatatkan kerugian selama dua hari berturut-turut.

"Prestasi kukuh pasaran serantau turut membantu menyokong pasaran tempatan," kata seorang peniaga.

Pada penutup, Indeks Kewangan naik 14.77 mata kepada 7,421.71, Indeks Perladangan susut 6.48 mata kepada 4,840.40 dan Indeks Perindustrian lega 5.77 mata kepada 2,222.82.

Untuk siri FTSE-BM, FBMEmas mengukuh 20.46 mata kepada 6,387.25, FBM2BRD meningkat 22.24 mata kepada 4,270.36, FBM-MDQ melonjak 69.53 mata kepada 3,441.69 sementara FBM30 berkurangan 7.24 mata kepada 6,185.37.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 396 berbanding 196 sementara 182 kaunter tidak berubah, 464 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan lebih rendah pada 1.051 bilion saham RM931.534 juta daripada 1.562 bilion saham bernilai RM1.312 bilion kelmarin.

Di kalangan saham aktif, KNM dan SAAG, masing-masing naik dua sen kepada 53.5 sen dan 25.5 sen, UEM Land meningkat enam sen kepada RM1.04 dan Talam menambah 1.5 sen kepada 9.5 sen.

Di kalangan yang berwajaran berat, Sime Darby, Tenaga dan Bumiputra-Commerce, masing-masing turun lima sen kepada RM6.40, RM7.10 dan RM7.90 sementara Maybank dan IOI, berkurangan dua sen kepada RM4.28 dan RM4.10.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 913.783 juta saham RM889.223 juta daripada 1.332 bilion saham RM1.243 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih rendah kepada 72.092 juta saham bernilai RM32.334 juta berbanding 141.352 juta saham bernilai RM55.529 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 40.610 juta saham bernilai RM6.974 juta daripada 57.280 juta bernilai RM8.408 juta kelmarin.

Waran pula lega kepada 23.078 juta saham bernilai RM2.517 juta berbanding 25.739 juta saham bernilai RM3.261 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 70.116 juta saham yang diniagakan di papan utama, produk perindustrian 200.842 juta, pembinaan 59.728 juta, dagangan/perkhidmatan 254.366 juta, teknologi 4.391 juta, infrastruktur 28.384 juta, kewangan 89.951 juta, perhotelan 6.793 juta, hartanah 176.144 juta, perladangan 21.375 juta, perlombongan 58,000, REITs 1.584 juta dan dana tertutup 52,200. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers