April 1, 2009

Tinjauan Pasaran: Pasaran perladangan menurun

Aliran menaik pasaran tempatan mungkin dikekang pada 876 minggu ini

BURSA Malaysia ditutup kukuh semalam seiring aliran menaik serantau, kata peniaga. Mereka bagaimanapun berkata, kerugian dalam sektor perladangan mengehadkan keuntungan.
Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata aliran menaik pasaran tempatan mungkin dikekang pada 876 untuk minggu ini kerana ia mungkin lemah menjelang pengumuman data perniagaan dan pekerjaan pada Jumaat.

Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menambah 3.21 mata untuk ditutup pada 872.55 selepas dibuka 2.13 mata lebih rendah pada 867.21. Indeks Kewangan mengukuh 81.07 mata kepada 6,541.58 dan Indeks Perindustrian menokok 6.37 mata kepada 2,100.19. Indeks Perladangan bagaimanapun, merosot 52.84 mata kepada 4,487.74.

Indeks FBMEmas lebih tinggi 25.06 mata kepada 5,701.13 dan FBM30 meningkat 18.71 mata kepada 5,598.49. Indeks FBM2BRD pula berkurangan 16.31 mata kepada 3,872.38 dan FBM-MDQ jatuh 33.72 mata kepada 2,942.67.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 280 berbalas 179 sementara 176 kaunter tidak berubah, 635 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan menambah kepada 382.543 juta saham bernilai RM759.104 juta daripada 363.794 juta saham bernilai RM600.717 juta kelmarin.

Di kalangan saham aktif, Resorts World naik enam sen kepada RM2.14, IOI Corp merosot 10 sen kepada RM3.80, KNM Group mengukuh 10 sen kepada 38.5 sen, Maybank lebih tinggi 20 sen kepada RM3.86 dan Malaysian Resources menambah satu sen kepada 85 sen.
Saham berwajaran berat, Sime Darby, Tenaga dan Bumiputera Commerce, masing-masing turun lima sen kepada RM5.70, RM6.10 dan RM6.85.

MISC mengukuh lima sen kepada RM8.35 dan Public Bank lebih tinggi 10 sen kepada RM7.55. Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 347.911 juta saham bernilai RM751.534 juta daripada 326.547 juta saham bernilai RM594.325 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 11.83 juta unit bernilai RM3.505 juta daripada 16.423 juta unit bernilai RM3.805 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 10.661 juta saham bernilai RM1.903 juta daripada 9.072 juta saham bernilai RM1.666 juta sebelum ini.

Waran merosot kepada 9.357 juta unit bernilai RM649,704 daripada 10.173 juta unit bernilai RM780,556 sebelumnya. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 13.403 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 48.412 juta, pembinaan 35.039 juta, urus niaga/perkhidmatan 137.083 juta, teknologi 6.287 juta, infrastruktur 11.812 juta, kewangan 38.921 juta, perhotelan 4.914 juta, hartanah 24.182 juta, perladangan 25.902 juta, perlombongan sifar, REITs 1.902 juta dan dana tertutup 48,300. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers