April 14, 2009

EKONOMI Harga saham ditutup lebih tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit semalam dengan beberapa aktiviti membeli saham murah di kalangan saham berwajaran tinggi terpilih terutama saham perbankan dan kewangan, kata peniaga.

Meneruskan aliran menaik minggu lalu, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 0.03 mata kepada 941.41. Ia dibuka 1.6 mata lebih tinggi pada 942.99. Peniaga berkata, sentimen pelabur yang kian baik di kebanyakan bursa serantau turut membantu aliran menaik itu.

Indeks Komposit (IK) bergerak antara 936.43 dan 944.17 sepanjang hari urus niaga. Sementara itu, Indeks Kewangan menokok 58.09 mata kepada 7,073.45, Indeks Perindustrian susut 10.86 mata kepada 2,216.96 dan Indeks Perladangan menambah 2.08 mata kepada 4,920.67.

Di kalangan siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas mengukuh 11.68 mata kepada 6,204.26, FBM30 lebih rendah 18.78 mata kepada 6,028.98, FBM2BRD naik 14.9 mata kepada 4,055.14 dan FBM-MDQ meningkat 20.32 mata kepada 3,128.52.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 428 berbalas 172 sementara 156 kaunter tidak berubah, 488 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 1.119 bilion saham bernilai RM983.959 juta berbanding penutup Jumaat 1.155 bilion unit bernilai RM1.298 bilion.

Di kalangan saham aktif, KNM naik 1.5 sen kepada 46 sen, Maybank-OR kekal pada RM1.06 sementara Mulpha International meningkat 2.5 sen kepada 34.5 sen. Untuk saham perbankan dan kewangan yang menyumbang kepada peningkatan IK, Public Bank mengukuh 15 sen kepada RM8.25, Bumiputra-Commerce menambah lima sen kepada RM7.75 dan Maybank menokok dua sen kepada RM4.

Bagi saham berwajaran berat, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.40 sementara Tenaga dan IOI Corporation, kedua-duanya kekal pada RM6.50 dan RM4.30. Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 1.015 bilion saham bernilai RM963.594 juta daripada 1.036 bilion saham bernilai RM1.275 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Papan Kedua mengukuh kepada 50.926 juta saham bernilai RM12.264 juta berbanding 41.702 juta saham bernilai RM10.375 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 23.08 juta unit bernilai RM3.303 juta daripada 32.748 juta saham bernilai RM4.249 juta sebelumnya.

Waran lebih rendah kepada 22.849 juta unit bernilai RM2.498 juta daripada 32.105 juta bernilai RM3.605 juta Jumaat lalu. Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 37.242 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 222.4 juta, pembinaan 100.102 juta, urus niaga/perkhidmatan 324.577 juta, teknologi 12.689 juta, infrastruktur 38.336 juta, kewangan 116.839 juta, perhotelan 8.915 juta, hartanah 132.303 juta, perladangan 20.308 juta, perlombongan 10,000, REITs 1.345 juta dan dana tertutup 100,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers