April 21, 2009

Tinjauan Pasaran: Indeks utama naik 0.33 peratus

BURSA Malaysia mengakhiri dagangan pada paras bercampur-campur semalam apabila kenaikan sederhana di kaunter berwajaran tinggi yang diterajui Sime Darby, Tenaga Nasional dan DRB-Hicom, melonjakkan indeks utama ke paras 0.33 peratus lebih tinggi, kata peniaga.

Keseluruhannya, pasaran berada pada kedudukan positif dan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur, mempertahankan kenaikannya baru-baru ini dan meningkat 3.20 mata lagi kepada 968.37. Ia dibuka 1.73 mata lebih tinggi pada 966.90.

Indeks Perusahaan naik 8.63 mata kepada 2,238.34 dan Indeks Perladangan mengukuh 18.77 mata kepada 4,933.09. Indeks Kewangan, bagaimanapun, turun 53.23 mata kepada 7,369.95. Indeks FBMEmas meningkat 20.96 mata kepada 6,383.53 dan FBM30 bertambah 33.77 mata kepada 6,208.37.

Namun demikian, FBM2BRD turun 2.65 mata kepada 4,091.29 dan FBM-MDQ susut 25.35 mata kepada 3,312.14. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 327 berbanding 233 manakala 198 kaunter tidak berubah, 484 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 796.464 juta saham bernilai RM883.539 juta, daripada 1.012 bilion saham bernilai RM1.088 bilion pada penutupan Jumaat lalu. Antara saham cergas, KNM Group menokok 1.5 sen kepada 54.5 sen dan Axiata naik lapan sen kepada RM1.91 manakala Axiata-OR mengukuh 8.5 sen kepada 69 sen.

UEM Land susut 3.5 sen kepada 95.5 sen dan Chin Well jatuh 13 sen kepada 80.5 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik lima sen kepada RM6.45, Tenaga Nasional mengukuh 10 sen kepada RM7.20, Proton meningkat 34 sen kepada RM2.99 dan DRB-HICOM menambah 22.5 sen kepada RM1.08.

Maybank turun 10 sen kepada RM4.30 manakala Telekom Malaysia kekal pada RM3.64. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 725.420 juta saham bernilai RM870.012 juta daripada 839.989 juta saham bernilai RM1.057 bilion Jumaat lalu.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan turun kepada 18.951 juta unit bernilai RM5.4823 juta daripada 73.589 juta unit bernilai RM18.535 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 34.417 juta saham bernilai RM4.781 juta daripada 77.314 juta saham bernilai RM8.942 juta Jumaat lalu.

Waran berkurangan kepada 14.318 juta unit bernilai RM1.916 juta daripada 16.116 juta unit bernilai RM2.224 juta sebelumnya. Sektor barangan pengguna menguasai 22.448 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 224.456 juta, pembinaan 43.457 juta, perdagangan/perkhidmatan 245.795 juta, teknologi 7.770 juta, prasarana 9.964 juta, kewangan 54.079 juta, hotel 1.589 juta, harta 92.836 juta, perladangan 21.310 juta, perlombongan 11,000, REIT 1.650 juta dan dana tertutup 38,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers