April 24, 2009

Pasaran ditutup lebih tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam didorong sentimen dan minat kukuh pelabur khususnya terhadap saham berkaitan perladangan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta hartanah. Peniaga berkata, sentimen dirangsang keputusan kerajaan kelmarin untuk melupuskan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam 27 sektor kecil perkhidmatan berkuatkuasa serta-merta. Ketika ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 10.06 mata atau 1.04 peratus kepada 978.64 selepas dibuka 0.37 mata lebih tinggi pada 968.95.
"Keputusan kerajaan itu membantu merangsang minat di kalangan pelabur tempatan kerana diyakini sebagai berada dalam landasan yang betul," kata peniaga. Keseluruhan pasaran kekal positif selepas rentak belian berterusan daripada kelmarin membantu mengekalkan indeks utama dalam lingkungan positif.

Ketika ditutup Indeks Kewangan menokok 84.88 mata kepada 7,455.51, Indeks Perladangan menambah 25.78 mata kepada 4,957.08 dan Indeks Perusahaan meningkat 10.82 mata kepada 2,231.09.

Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas naik 79.87 mata kepada 6,463.28, FBM30 menokok 50.53 mata kepada 6,259.29, FBM2BRD menambah 69.59 mata kepada 4,139.24 dan FBM-MDQ melonjak 118.86 mata kepada 3,549.20.

Saham untung mengatasi saham rugi pada 554 berbanding 128 manakala 170 kaunter tidak berubah, 390 tidak didagangkan manakala 35 yang lain digantung. Jumlah dagangan keseluruhan lebih tinggi dengan 1.366 bilion saham bernilai RM1.276 bilion bertukar tangan berbanding semasa ditutup semalam pada 1.111 bilion saham bernilai RM1.036 bilion.

Mendahului saham aktif, KNM Group naik tiga sen kepada 56 sen, TA Enterprise-WB menokok 1.5 sen kepada 2.5 sen, Lion Industries menambah 11 sen kepada 99.5 sen, UEM Land meningkat enam sen kepada RM1.01 manakala Lion Diversified menokok 3.5 sen pada 46.5 sen.

Antara saham untung, Hwa Tai Industries melonjak 30 sen kepada 62.5 sen, Kulim menambah 25 sen kepada RM5.55, Krisassets Holdings menokok 21 sen kepada RM2.80 dan Opcom Holdings bertambah 13.5 sen kepada 58.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby naik lima sen kepada RM6.45 dan Maybank menokok lapan sen kepada RM4.40, manakala Tenaga Nasional kekal pada RM7.20. Jumlah dagangan di Papan Utama melonjak kepada 1.167 bilion saham bernilai RM1.230 bilion daripada semalam pada 908.541 juta saham bernilai RM999.422 juta.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan menambah kepada 92.502 juta saham bernilai RM28.111 juta saham daripada 42.662 juta saham bernilai RM9.789 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq bagaimanapun susut kepada 73.271 juta saham bernilai RM11.038 juta daripada 135.281 juta saham bernilai RM21.083 juta kelmarin.

Waran naik kepada 26.800 juta saham bernilai RM4.573 juta daripada 17.716 juta saham bernilai RM2.864 juta sebelumnya. Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 58.329 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 300.002 juta, pembinaan 100.573 juta, dagangan/perkhidmatan 292.947 juta, teknologi 30.355 juta, infrastruktur 28.216 juta, kewangan 127.416 juta, hotel 32.650 juta, hartanah 172.311 juta, perladangan 22.269 juta, perlombongan tiada, REIT 1.671 juta, dan tertutup/dana 94,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers