April 27, 2009

Paras tertinggi dalam tujuh bulan

HARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat selama enam minggu berturut-turut minggu lalu, dengan penggerak utama adalah pembukaan pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta yang diumumkan oleh kerajaan pertengahan minggu lalu.

KLCI meningkat 27.51 mata, atau 2.85 peratus lebih tinggi minggu lalu untuk ditutup hampir kepada paras tertingginya dalam tempoh tujuh bulan pada 992.68 mata, dengan separuh daripada keuntungan itu datang daripada Genting (naik 62 sen), Axiata (naik 27 sen), Sime Darby (naik 25 sen), IOI Corp (naik 14 sen) dan Maybank (naik 10 sen).



Purata dagangan dan nilai dagangan harian sedikit rendah masing-masing pada 1.28 bilion saham bernilai RM1.16 bilion, berbanding 1.44 bilion saham bernilai RM1.21 bilion minggu sebelumnya.

Langkah berani yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh singkat pelantikannya bagi memperbaharui daya saing Malaysia pada peringkat global itu memberikan petunjuk mengenai apa lagi yang boleh kita jangkakan daripada beliau dalam waktu akan datang.

Pasaran memberikan reaksi positif kepada langkah itu atas jangkaan adanya liberalisasi tambahan dalam lain-lain sektor, khususnya kewangan, pembinaan, hartanah dan kelonggaran kawalan ekuiti yang ketat dalam membida projek kerajaan.

Tidak disangsikan lagi, ia adalah inisiatif sangat positif untuk bersaing mendapatkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam sektor perkhidmatan ketika kita sedang berusaha mengurangkan pergantungan kepada eksport yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun, masih awal untuk menilai keberkesanan dasar itu memandangkan kerenah birokrasi kerajaan masih boleh menjadi penghalang yang boleh menyebabkan FDI mengalir ke negara jiran.

Minggu lalu, kita juga menyaksikan tanda kelemahan dalam tekanan inflasi apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac mengecil kepada 3.5 peratus.

Berdasarkan IHP yang lebih rendah dan eksport yang menyusut itu, adalah sesuatu yang semula jadi bagi pasaran untuk menjangkakan kelonggaran tambahan dalam dsar kewangan apabila pegawai Bank Negara Malaysia bermesyuarat Rabu ini.

Pasaran mengharapkan pengurangan asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 1.75 peratus, yang mana ia adalah munasabah memandangkan kadar faedah benar akan tetap positif berdasarkan kepada jangkaan kadar inflasi sebanyak 1.3 peratus bagi 2009 dan kadar deposit tetap semasa untuk tempoh simpanan 12 bulan pada 2.5 peratus.

Kegiatan di pasaran tempatan minggu lalu adalah amat kukuh dan ia adalah tidak dijangkakan dengan jumlah dagangan yang kukuh dan momentum positif terus menolak KLCI ke dalam zon lebihan belian.

Saham kewangan dan perladangan dijangka menjana peningkatan di pasaran itu bagi membolehkan indeks melepasi paras halangan 1,000 mata minggu ini sebelum kegiatan pengambilan untung mengambil tempat dan membuat pembetulan kepada pasaran.

Dari segi faktor AS pula, Indeks Harga Rumah S&P/CaseShiller, keyakinan pengguna, perbelanjaan peribadi dan data KDNK suku pertama yang akan dikeluarkan mulai hari Selasa dan hari-hari berikutnya akan memberi kesan kepada pasaran manakala ura-ura di pasaran berhubung keputusan tahap tekanan dihadapi bank AS akan terus membuai hala tujuan pasaran memandangkan tarikh akhir pengumuman itu pada iaitu pada 4 Mei ini semakin hampir.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers