April 16, 2009

Nilai ringgit patut RM3.5 berbanding dolar Amerika

RINGGIT yang kini diniagakan sekitar RM3.6 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) adalah di bawah nilai sebenarnya dan tidak mencerminkan kedudukan asas ekonomi negara. Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, berkata berdasarkan kepada asas ekonomi negara ketika ini, nilai ringgit sewajarnya lebih kukuh, iaitu pada kadar RM3.5 berbanding dolar AS.

“Kadar ringgit ketika ini begitu lemah disebabkan nilai dolar AS yang terlalu kukuh kerana aliran masuk tunai yang tinggi ke AS, walaupun keadaan ekonomi negara itu langsung tidak menggalakkan.

“Dalam keadaan semasa, dengan semua petunjuk ekonomi termasuk nilai rizab yang tinggi antara AS$20-AS$30 bilion dan lebihan dagangan yang kekal stabil, nilai ringgit sewajarnya berada pada RM3.5 berbanding dolar AS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Tinjauan Ekonomi Global Suku Pertama 2009 di Kuala Lumpur, semalam. Mohamed Ariff berkata, nilai dolar AS perlu diselaraskan segera mengikut prestasi sebenar ekonominya bagi mengelakkan krisis ekonomi global menjadi bertambah buruk.

Namun, katanya penyelarasan nilai dolar AS itu mungkin sukar kerana ia membabitkan banyak negara yang menyandarkan ekonomi masing-masing kepada nilai mata wang berkenaan.

Malah, beliau berkata, negara seperti China yang menyimpan 70 peratus rizab tunainya dalam mata wang dolar AS, sudah pasti tidak mahu kerugian AS$2-AS$3 trilion jika dolar AS turun antara 20-30 peratus ke paras sebenarnya.

Dalam tempoh antara pertengahan Januari hingga pertengahan April lalu, nilai ringgit jatuh 4.3 peratus berbanding nilai dolar AS. Mengenai sama ada Malaysia perlu menurunkan lagi kadar faedah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Mohamed Ariff berkata, walaupun negara mempunyai kapasiti berbuat demikian, tapi ia perlu dilakukan berhati-hati dan mengambil kira pelbagai faktor.

“Kadar faedah rendah tidak semestinya akan diterjemahkan kepada peningkatan perbelanjaan pengguna atau pelaburan domestik. Walaupun kadar faedah diturunkan hanya 0.5 peratus, ia mampu melemahkan lagi nilai ringgit, boleh menurunkan pulangan simpanan pendeposit, serta dalam tempoh tertentu boleh menjejaskan perbelanjaan pengguna,” katanya.

Mohamed Ariff turut menegaskan bahawa MIER menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada -2.2 peratus berbanding unjuran awalnya, 1.3 peratus, disebabkan kesan kelembapan ekonomi global yang semakin mendalam

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers