April 7, 2009

KLCI diunjur mampu lepasi paras 940 mata

INDEKS Komposit Kuala Lumpur (KLCI) diunjur mampu melonjak melepasi paras 940 mata dalam tempoh terdekat ini susulan perkembangan positif dalam senario politik tempatan serta pemulihan pasaran saham global.

Kali terakhir KLCI berada di atas paras penutup 940 mata ialah pada 15 Oktober lalu, sebelum ia menjunam kepada 829.41 mata, paras terendah pada 28 Oktober lalu ekoran krisis kewangan global. Penanda aras utama pasaran saham tempatan itu melonjak 16.76 mata atau 1.85 peratus semalam kepada 923.77 mata berbanding

Jumaat minggu lalu, paras penutup tertinggi dalam tempoh lebih enam bulan.
Pada peringkat serantau, lonjakan di bursa tempatan adalah kedua tertinggi peringkat serantau selepas Hong Kong meningkat 3.11 peratus atau 452.35 kepada 14,998.04 mata.

Khamis lalu, KLCI buat kali pertama dalam tempoh hampir tiga bulan melonjak melepasi paras 900 mata untuk ditutup pada 905.07 mata, susulan pembelian oleh pelabur tempatan dan asing yang bertambah yakin terhadap kestabilan politik dalam negara.

Ketua Penganalisis Ekuiti Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Koay Yi Chuan, berkata antara faktor utama yang mendorong kenaikan dalam tempoh lima hari lalu adalah peningkatan keyakinan pelabur tempatan dan asing susulan peralihan kuasa yang berjalan lancar.

Katanya, pelabur asing dan tempatan terus memberi reaksi positif terhadap pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. “Keyakinan itu digambarkan menerusi peningkatan harga saham yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dan peningkatan jumlah dagangan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Koay menambah, pelabur memandang positif tindakan Najib sebaik saja beliau menyandang jawatan itu, termasuk pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pelaksanaan dasar yang sudah dirancang bagi membendung kesan krisis global.

“Langkah Perdana Menteri dilihat mampu memantapkan lagi pentadbiran negara, justeru memberi kesan baik kepada masyarakat peniaga dan pelabur.

“Pelabur juga menantikan pengumuman barisan Kabinet baru yang dijangka berkemampuan menstabilkan kedudukan politik di negara ini serta keputusan pilihan raya kecil di tiga tempat esok (hari ini). Dalam jangka terdekat, saya menjangka KLCI mampu melonjak mencecah 940 mata.” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (Pribumi), Zainal Ariffin Osman, berkata aliran meningkat pasaran tempatan turut dipengaruhi sentimen positif pelabur global yang menyaksikan lonjakan di pasaran utama global.

Katanya, pelabur global menyambut baik kemajuan dicapai pada mesyuarat Kumpulan 20 Negara Ekonomi Terbesar (G20) di London, minggu lalu. “Walaupun masih terlalu awal untuk melihat kesannya, pelabur berasakan tindakan secara serentak oleh sebahagian besar kerajaan dan bank pusat global bersesuaian bagi membendung krisis terburuk sejak 1930,” katanya. Penganalisis teknikal MIMB Investment Bank, Mohd Nazri Khan, pula berkata pasaran tempatan kini sudah mengalami peralihan aliran ke arah meningkat.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers