April 18, 2009

Aliran Harga Terus Meningkat

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, meneruskan aliran meningkatnya kepada tujuh hari dagangan berikutan rangsangan daripada sentimen tempatan dan global yang bertambah baik.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 3.89 mata atau 0.405 peratus untuk ditutup kepada 965.17. Peniaga berkata, minat belian kebanyakannya pada saham wajaran berat utama seperti Tenaga dan Bumiputra-Commerce.

Bagaimanapun, beberapa pelabur menjual pegangan mereka kerana enggan mengambil pegangan besar menjelang hujung minggu. KLCI, yang dibuka 2.64 mata lebih tinggi pada 963.92, bergerak antara 960.39 dengan 967.10 dalam dagangan.

Sementara itu, Indeks Kewangan naik 57.75 mata kepada 7,423.18, Indeks Perusahaan menokok 4.8 mata kepada 2,229.71, manakala Indeks Perladangan susut 10.09 mata kepada 4,914.32.

FBMEmas naik 28.23 mata kepada 6,362.57, FBM30 meningkat 35.75 mata kepada 6,174.60, FBM2BRD turun 15.01 mata kepada 4,093.94 manakala FBM-MDQ berkurangan 50.18 mata kepada 3,337.49. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 356 berbanding 243, manakala 219 kaunter tidak berubah, 426 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 1.012 bilion saham bernilai RM1.089 bilion daripada 1.963 bilion saham bernilai RM1.463 bilion kelmarin. Di kalangan saham cergas, KNM tidak berubah pada 53 sen, Axiata Group-OR naik tiga sen kepada 59 sen, manakala UEM Land Holdings menokok dua sen kepada 99 sen.

Kaunter meraih keuntungan tinggi, Tahps Group naik 44 sen kepada RM3.34, Bintulu Port Holdings meningkat 35 sen kepada RM6.30, manakala Malaysia Smelting Corporation menokok 27 sen kepada RM2.79.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby naik lima sen kepada RM6.40, Maybank meningkat dua sen kepada RM4.40, Tenaga menokok 20 sen kepada RM7.10, manakala Bumiputra-Commerce menambah 15 sen kepada RM8.00. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 839.989 juta saham bernilai RM1.057 bilion daripada 1.615 bilion saham bernilai RM1.412 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 73.589 juta saham bernilai RM18.535 juta berbanding 102.807 juta saham bernilai RM16.693 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 77.314 juta unit bernilai RM8.942 juta daripada 194.657 juta saham bernilai RM22.8 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 16.116 juta saham bernilai RM2.224 juta daripada 33.025 juta saham bernilai RM4.649 juta kelmarin. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 28.766 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 179.453 juta, pembinaan 47.853 juta, perdagangan/perkhidmatan 305.813 juta, teknologi 15.083 juta, prasarana 14.501 juta, kewangan 66.048 juta, hotel 46.054 juta, harta 159.315 juta, perladangan 17.135 juta, perlombongan sifar, REITs 1.33 juta dan dana tertutup 86,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers