April 23, 2009

Bursa Malaysia Kukuh Di Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR 22 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) utama naik 0.21 peratus berikutan sokongan belian susulan dan beberapa aktiviti belian saham murah terpilih yang membantu mengekalkan sentimen positif, kata para peniaga.

IKKL meningkat 1.98 mata untuk ditutup kepada 968.58 selepas diniagakan pada paras tertinggi harian 976.29. Ia dibuka 4.80 mata lebih tinggi pada 971.40 pagi ini.
Indeks Kewangan naik 43.60 mata untuk ditutup kepada 7,370.63 manakala Indeks Perladangan meningkat 15.48 mata kepada 4,931.30 tetapi Indeks Perindustrian turun 12.13 mata kepada 2,220.27.

Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas menokok 18.88 mata kepada 6,383.41, FBM30 naik 20.27 mata kepada 6,208.76, FBM-MDQ melonjak 138.26 mata kepada 3,430.34 manakala FBM2BRD menambah 2.17 mata kepada 4,069.65.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 360 berbanding 262 manakala 207 kaunter tidak berubah, 413 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.111 bilion saham bernilai RM1.036 bilion daripada 1.069 bilion saham bernilai RM959.849 juta pada Selasa.

Menerajui senarai saham cergas, KNM Group susut 1.5 sen kepada 53 sen manakala Time dotCom naik 1.5 sen kepada 30 sen dan Lion Diversified meningkat 2.5 sen kepada 43 sen. Sementara itu Lion Industries menokok 88.5 sen dengan Axiata Group menambah dua sen kepada RM1.98.

Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 908.541 juta saham bernilai RM999.422 juta daripada 975.162 juta saham bernilai RM942.707 juta pada Selasa.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 42.662 juta saham bernilai RM9.789 juta berbanding 31.061 juta saham bernilai RM7.740 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak kepada 135.281 juta saham bernilai RM21.083 juta daripada 43.021 juta saham bernilai RM5.751 juta semalam.

Warant naik kepada 17.716 juta saham bernilai RM2.864 juta daripada 14.478 juta saham bernilai RM2.219 juta.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 50.511 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 224.469 juta, pembinaan 75.979 juta, perdagangan/perkhidmatan 278.645 juta, teknologi 18.817 juta, prasarana 48.486 juta, kewangan 48.634 juta, hotel 4.550 juta, harta 124.685 juta, perladangan 31.629 juta, perlombongan 62,200, REITs 1.941 juta, dan dana tertutup 132,800.
-Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers