April 29, 2009

Kawal selia sistem kewangan diperketat

KRISIS kewangan yang melanda dunia ketika ini telah meningkatkan pelarasan antara kawal selia sistem kewangan antarabangsa dengan prinsip Syariah, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Zarinah Anwar.

Beliau berkata, ini kerana krisis itu menyerlahkan perlunya pasaran kewangan dijalankan berlandaskan kepada prinsip perniagaan terbaik, seperti diamalkan sistem kewangan Islam.

Jelasnya, Islam mengkehendaki setiap urus niaga kewangan yang dilaksanakan perlu disokong oleh aset tertentu dan melarang aktiviti leveraj kewangan dan spekulasi yang keterlaluan, sekali gus melindungi peserta pasaran daripada terdedah kepada risiko yang tidak seimbang.



Dalam hubungan ini, katanya, wang yang ditawarkan adalah daripada urus niaga dan disokong oleh aset dan jika instrumen kewangan diurusniagakan, ia umumnya dijual pada nilai muka dan secara tunai.

“Kebaikan asas kewangan Islam yang mudah ini diakui apabila kita semakin memahami dengan jelas risiko daripada menjual hutang kepada hutang daripada produk leveraj yang begitu sofistikated.

“Kesimpulannya, kewangan Islam mempunyai banyak persamaan dengan objektif peraturan sistem kewangan dan menawarkan begitu banyak dari segi menggalakkan kestabilan kewangan menerusi pelaksanaannya yang berhemat dan berorientasikan kepentingan masyarakat.

“(Kesedaran) ini akan membuka jalan kepada industri perkhidmatan kewangan Islam untuk akhirnya muncul komponen utama sistem kewangan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Persidangan Kewangan Islam Asia di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, zarinah berkata, Malaysia adalah antara negara yang memiliki pasaran modal Islam yang berpengaruh dengan 87 peratus daripada syarikat yang disenaraikan di bursa sahamnya mematuhi prinsip Syariah, iaitu merangkumi 65 peratus daripada nilai permodalan pasaran.

Katanya, pada masa sama, Malaysia juga adalah perintis dalam pasaran sukuk global yang mana 60 peratus daripada keseluruhan terbitan sukuk global tahun lalu adalah diterbitkan di negara ini.

Beliau berkata, dalam tempoh suku pertama tahun ini, Malaysia menerbitkan sukuk bernilai RM6.4 bilion membabitkan tiga terbitan terbesar antara RM1 bilion dan RM2.5 bilion.

Sebagai perintis pasaran sukuk global, Malaysia akan terus menyaksikan arah aliran pertumbuhan dalam terbitan sukuk tahun ini.

"Pasaran negara ini telah mengalami pertumbuhan tinggi dan kekal mantap sebagai antara penerbit sukuk terbesar dunia,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers