MENTERI Minyak Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah al-Sabah, semalam berkata negara itu bercadang membelanjakan 25 bilion dinar (AS$87 bilion) untuk projek minyaknya sehingga 2030.
“Kami bercadang membelanjakan 25 bilion dinar untuk modal projek dan kerja penyenggaraan serta perkhidmatan dari sekarang hingga 2030,” katanya selepas merasmikan pameran minyak di Bandaraya Kuwait, semalam.
Beliau berkata, projek itu membabitkan pembinaan kilang penapisan minyak baru.
Bagaimanapun terdapat bangkangan daripada parlimen mengenai beberapa kegagalan prosedur projek, justeru memaksa kerajaan membatalkan pembinaan projek kilang penapisan bernilai AS$15 bilion.
Kuwait yang memiliki 10 peratus daripada keseluruhan rizab minyak mentah global, sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada tiga juta tong sehari kepada empat juta tong sehari menjelang 2020.
Sheikh Ahmad berkata, beliau tidak bimbang penurunan harga komoditi itu yang berlaku baru-baru ini, sambil menambah ia tidak mengubah pendirian Kuwait untuk tidak meningkatkan pengeluaran pada mesyuarat Opec akhir bulan ini.
“Akan ada lebih banyak permintaan (bagi minyak) pada suku pertama 2010,” katanya, sambil menambah, Kuwait menentang sebarang usaha untuk meningkatkan kuota pengeluaran.
Beliau juga berkata, dolar dan situasi bekalan akan menolak turun harga minyak.
Harga minyak mentah susut untuk sesi dagangan kelapan secara berturut-turut di New York pada Jumaat lalu berikutan kebimbangan mengenai permintaan AS yang mungkin menurun serta pengukuhan dolar. - AFP
December 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com