KUALA LUMPUR 28 Dis. - Perniagaan syarikat peneraju biodiesel dari Korea Selatan, ECO Solutions Co. Ltd. yang beroperasi di Lahad Datu, Sabah disahkan terjejas akibat krisis ekonomi global.
Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yang Bong-ryull yang mengesahkan perkara itu berkata, prestasi syarikat tersebut tidak berada di landasan sebenar.
''Operasi syarikat tersebut kurang memberangsangkan dan kita berasa bimbang sedikit,'' katanya ketika ditemui selepas Forum Pertama Bio Tenaga Korea-Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.
ECO Solutions adalah syarikat peneraju dalam industri kejuruteraan alam sekitar dan bio tenaga.
Operasinya di Malaysia dijalankan oleh Global Bio-Diesel Sdn. Bhd. dengan jumlah pelaburan kira-kira AS$65 juta (RM221 juta) bagi bio diesel dan operasi berkaitan dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 tan setahun.
Mengulas lanjut, Bong-Ryull berkata, masalah yang dihadapi oleh ECO Solution tidak ada kena mengena dengan sebarang polisi perniagaan di Malaysia.
''Polisi pelaburan dan inisiatif negara ini sempurna, malah kebanyakan pelabur Korea gembira di sini.
''Masalahnya cuma krisis global menyebabkan ECO Solution terpaksa tunggu dan lihat,'' ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, Korea menyasar untuk meningkatkan jumlah perdagangan dua hala dengan Malaysia sebanyak RM100 bilion dalam tempoh lima tahun lagi.
Jumlah perdagangan antara Korea ke Malaysia adalah sebanyak AS$6 bilion (RM20.4 bilion) manakala Malaysia ke Korea pula berjumlah AS$8 bilion (RM27.2 bilion).
Bong-ryull berkata, jumlah itu mampu disumbangkan oleh sektor pelancongan dan pembiayaan Islam, selain teknologi bio tenaga, elektrik dan elektronik, perladangan serta minyak dan gas.
Tambah beliau, jumlah dagangan kedua-dua negara telah menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus sejak 10 tahun lalu.
Korea Selatan kini adalah negara dagangan keenam terbesar di Malaysia.
December 29, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com