OLeh AZMAN IBRAHIM
azman.ibrahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyasarkan lebih banyak projek hartanah dan perumahan dilancarkan pada tahun depan sebagai tanda proses pemulihan ekonomi global.
Pelancaran projek-projek baru itu juga dijangka dilakukan pada separuh kedua 2010 iaitu selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Naib Pengerusinya, Datuk Micheal Yam berkata, pihaknya optimis bahawa kadar jualan perumahan meningkat pada tahun depan.
Katanya, selain itu, harga kediaman dan bangunan perniagaan turut berubah dan meningkat antara 10 hingga 20 peratus untuk tempoh enam bulan akan datang.
Beliau memberitahu, kebanyakan pemaju yang menjadi responden kaji selidik REHDA berpendirian untuk menaikkan harga jualan kediaman berikutan terdapat permintaan yang baik daripada para pelanggan.
“Lebih 50 peratus pemaju atau responden kaji selidik yang dijalankan REHDA bersetuju untuk menaikkan harga kediaman sekitar 10 hingga 20 peratus pada masa akan datang,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai perkembangan terkini sektor hartanah sepanjang tahun ini di sini, hari ini.
Hadir pada majlis ialah Presiden REHDA, Datuk Ng Seing Liong.
Sementara itu, menurut Yam, majoriti pembeli kediaman pada tahun ini merupakan pembeli kali pertama, iaitu 32 peratus rosponden daripada kaji selidik tersebut.
Katanya, selain pembeli kali pertama, terdapat pembeli yang menduduki kediaman iaitu sebanyak 26 peratus manakala golongan yang ingin menaiktaraf kediaman (13 peratus) dan golongan kakitangan kerajaan (18 peratus).
“Pembeli di kalangan pelabur-pelabur asing sebanyak tiga peratus, pelabur tempatan (tujuh peratus) dan pembeli spekulator (tidak diketahui status) sebanyak 1 peratus,” jelas beliau.
Mengenai strategi pemasaran para pemaju pula, Yam berkata, kaji selidik mendapati kebanyakan pemaju menggunakan strategi memberi ganjaran kepada pelanggan melalui yuran guaman percuma.
Katanya, strategi itu dikatakan menjadi pilihan pertama para pemaju yang berjaya mencuri perhatian pembeli.
Selain itu, ditanya mengenai jenis kediaman yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun ini, Yam menjawab, kediaman teres adalah menjadi trend dan pilihan rakyat pada masa ini dengan harga purata antara RM100,000 hingga RM250,000.
Katanya, kediaman teres akan terus mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di Lembah Klang.
“Nilai pasaran rumah bertanah dijangka meningkat dari semasa ke semasa selain menerima permintaan yang tinggi,’’ ujarnya.
December 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com