December 29, 2009

Ulasan pasaran: Harga saham ditutup kukuh

Minat belian aktif tertumpu pada kebanyakan kaunter kewangan dan perladangan

HARGA saham pada Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh semalam, berikutan minat pembelian yang aktif pada kebanyakan kaunter kewangan dan perladangan, kata peniaga.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur meningkat 8.79 mata atau 0.695 peratus kepada 1,272.73, paras paling tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan pada kaunter IOI Corp, Maybank dan CIMB Group.




Ia dibuka 0.41 mata lebih rendah pada 1,263.53 pagi semalam.

FBMKLCI juga bergerak di antara 1,263.34 dan 1,272.73 sepanjang sesi dagangan.

Indeks Kewangan meningkat 101.92 mata kepada 11,007.86, Indeks Perusahaan meningkat 2.36 kepada 2,671.22 dan Indeks Perladangan meningkat 97.53 mata kepada 6,381.18.

Indeks FBM Emas meningkat 59.13 mata kepada 8,480.56, Indeks FBM Top 100 meningkat 56.2 mata kepada 8,295.23, Indeks FBM70 naik 51.11 mata kepada 8,202.64 manakala FBM ACE menyusut 3.04 mata kepada 4,197.49.

Keseluruhannya, 396 kaunter untung, 215 kaunter rugi manakala 231 kaunter tidak berubah dan 457 yang lain tidak didagangkan.

Jumlah dagangan menokok kepada 459.031 juta saham bernilai RM595.621 juta daripada Khamis lepas iaitu 383.796 juta saham bernilai RM504.555 juta.

Jumlah dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 386.433 juta saham bernilai RM577.727 juta daripada Khamis lepas iaitu 327.581 juta saham bernilai RM488.349 juta.

Jumlah dagangan pada Pasaran ACE pula meningkat kepada 32.011 juta unit bernilai RM7.753 juta daripada 28.224 juta unit bernilai RM7.567 juta sebelum ini.

Waran menokok kepada 26.726 juta saham bernilai RM4.315 juta berbanding 11.546 juta unit bernilai RM1.721 juta sebelumnya.

Di kalangan saham aktif, Land & General bertambah tiga sen kepada 36 sen sementara Axiata Group dan Xidelang Holdings menokok satu sen setiap satu kepada RM3.03 dan 51.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat tiga sen kepada RM9, Maybank naik 10 sen kepada RM6.90 dan CIMB Group naik 18 sen kepada RM13.02.

Maxis dan Tenaga Nasional menyusut satu sen setiap satu kepada masing-masing RM5.39 dan RM8.31.

IOI Corporation ditutup 13 sen lebih tinggi pada RM5.54 dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 28 sen kepada RM16.36.

Barangan pengguna mewakili 30.938 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, produk industri 81.587 juta, pembinaan 33.22 juta, dagangan dan perkhidmatan 118.316 juta, teknologi 15.576 juta, prasarana 6.14 juta, kewangan 32.178 juta, hotel 6.145 juta, harta 53.762 juta, perladangan 5.494 juta, perlombongan tiada, REIT 3.066 juta dan dana tertutup 10,900. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers