December 22, 2009

Syarikat Dubai labur RM1.7 bilion di Melaka

MELAKA 21 Dis. - Kerajaan negeri bakal menerima pelaburan sebanyak RM1.7 bilion apabila sebuah syarikat berpengalaman luas dalam bidang pelancongan dari Dubai berminat untuk melabur di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat berkenaan, Golden Crescent Group telah menyatakan minat melabur dalam bidang perhotelan, kitar semula, kilang pembuatan dan pembinaan hospital.

Menurut beliau, pelaburan tersebut telah dinyatakan tiga wakil daripada syarikat tersebut, iaitu Dr. Abdelrahman Mustafa Abdullah Al Jarrar, Mahomed Akbar Khan dan Dr Khalil A.H. Al Khalil yang bertemu dengannya di kediaman rasminya di Seri Bendahara hari ini.

Serentak dengan itu, katanya, satu memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani dalam tempoh terdekat antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan syarikat itu.

"Mereka menyatakan minat selepas terdapat kemudahan yang pelbagai, tenaga mahir dan suasana aman di negara khususnya di Melaka," katanya ketika ditemui selepas pertemuan itu di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata, rombongan pelabur asing itu juga berpuas hati dengan pencapaian perindustrian yang mempunyai kilang pengeluaran produk berteknologi tinggi, Institut Bioteknologi Melaka dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Melaka yang turut menjadi sebab utama membuat pelaburan di sini.

Selain membuat pelaburan dalam bidang perhotelan, kitar semula, kilang pembuatan dan pembinaan hospital, Mohd. Ali turut mencadangkan kepada syarikat tersebut melabur dalam bidang filem animasi di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri menyasarkan pelaburan asing sebanyak RM3 bilion pada tahun depan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers