KUALA LUMPUR 16 Dis. – Studio bertaraf dunia yang menjadi sandaran pelaburan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) di Iskandar Malaysia dijangka menyumbang sebanyak RM1 bilion ke dalam ekonomi wilayah pembangunan itu dalam tempoh lapan tahun lagi.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, studio itu bakal dibangunkan bersama Pinewood Shepperton plc (Pinewood), penyedia kemudahan perfileman terbesar dan tertua di United Kingdom membabitkan pelaburan sebanyak RM400 juta (AS$120 juta).
Katanya, sebanyak RM500 juta akan dijana semasa kerja-kerja pembinaan dan RM500 juta lagi sekurang-kurang selepas lima tahun beroperasi.
Pinewood yang memiliki 75 tahun dalam sejarah perfileman, terlibat dalam 1,500 produksi termasuk James Bond dan Harry Porter, Mission Impossible, Batman Begins dan terbaru Slumdog Millionaire.
Menurut beliau, kemudahan seni itu akan dibina di kawasan seluas 32 hektar, berhampiran dengan pembangunan antarabangsa, Medini.
Ia dijangka beroperasi seawal-awalnya pada awal 2013.
‘‘Khazanah merupakan pemilik utama studio tersebut, kita akan membuat pelaburan yang besar cuma belum memuktamadkan jumlah pelaburan, ia mungkin 100 peratus atau hampir 100 peratus,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pinewood di sini hari ini.
Azman menyifatkan pelaburan itu adalah signifikan memandangkan industri kreatif merupakan sasaran sebagai sektor ekonomi baru negara.
Kemudahan yang diwujudkan di Iskandar Malaysia ini akan melakarkan satu lagi peta dalam industri kreatif dan bakal menghubungkan hab-hab di Kuala Lumpur dan Singapura, kata beliau.
Astro pula akan menjadi penyewa utama studio berkenaan, sekali gus menjadi peserta penting dalam industri berkenaan.
Beliau menambah, menerusi perjanjian itu, Pinewood akan bertindak sebagai rakan kongsi teknikal, pemasaran dan penjenamaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Ivan Dunleavy berkata, ia merupakan peluasan kepakarannya kedua selepas Kanada kerana tertarik dengan kepelbagaian etnik dan kebudayaan.
Beliau berkata, Pinewood hanya mengambil masa selama 15 bulan untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.
Azman berkata, kemudahan itu bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan semasa pelaksanaan projek dan 5,000 lagi setahun daripada peningkatan jumlah pengambaran filem asing dan televisyen.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com