December 28, 2009

Ulasan Pasaran: Prestasi saham kembali pulih

BURSA Malaysia mengalami jualan besar besaran Isnin minggu lalu disebabkan pembetulan di pasaran saham Hong Kong dan China berikutan kebimbangan China akan mengawal pemberian pinjaman kepada sektor hartanah untuk menangani spekulasi.

Bagaimanapun, prestasi kembali pulih menjelang cuti Krismas tetapi minat belian tergugat dengan ketiadaan sebahagian besar peserta pasaran yang menghabiskan cuti akhir tahun.




Pada asas mingguan, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 3.03 mata atau 0.24 peratus untuk ditutup pada 1,263.94, dengan menyaksikan IOI Corp jatuh 13 sen, dan Tenaga (-8 sen).

Kejatuhan ini menongkah kenaikan yang dicatat Genting Bhd (+8 sen), DiGi.com (+50 sen) dan Genting Malaysia (+4 sen).

Purata jumlah urus niaga harian dan nilainya turun kepada 429.4 juta saham bernilai RM678.3 juta berbanding 597.1 juta saham bernilai RM863.9 juta dalam minggu sebelumnya.

Maklum balas pasaran global terhadap perkembangan di China sudah diambil kira memandangkan negara berkenaan sedang berusaha mengambil alih kedudukan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar dunia tahun depan.

Minggu lalu China meningkatkan anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2008 kepada 9.6 peratus dan ia dijangka mencatat pertumbuhan lebih daripada lapan peratus tahun ini selepas kerajaannya melaksanakan pakej rangsangan untuk meningkatkan KDNK suku ketiga kepada 8.9 peratus.

Walaupun kerajaan China berjanji melaksanakan dasar kewangan yang longgar tahun depan untuk mengekalkan pertumbuhan, ia mungkin perlu menyemak semula dasar fiskal dan kewangannya untuk mengelakkan pertumbuhan ekonominya yang terlalu mendadak dan kebimbangan untuk mengawal pinjaman bagi mengekalkan spekulasi hartanah tidak silap.

Buat permulaan, langkah kerajaan China menaikkan bayaran pendahuluan bagi pembelian tanah adalah petunjuk yang menarik tentang apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka panjang untuk mengelakkan 'gelembung aset daripada pecah'.

Dengan meningkatnya dagangan dunia, ramai menjangkakan China akan melaksanakan regim mata wang yang anjal yang sekali gus akan mengukuhkan mata wangnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang tahun ini, renminbi meningkat berbanding dolar AS sekali gus mencadangkan bahawa kerajaan AS tidak begitu gembira dengan isu berkaitan dagangan dua hala.

Memandangkan pada masa lalu ringgit menjejaki pergerakan renminbi, kekukuhan dalam ringgit mungkin menjadi pemangkin penting untuk menarik aliran masuk dana asing baru ke pasaran tempatan.

Sehubungan itu, adalah lebih penting untuk melihat arah pasaran dalam tempoh tiga hingga enam bulan ke hadapan, daripada mengharapkan kegiatan 'mencantikkan akaun' akhir tahun yang dijangka tidak akan memberi kesan berdasarkan kepada nilai dagangan dan kekurangan pemangkin untuk mendorong pasaran dalam jangka pendek.

Indeks penanda aras juga dijangka tidak akan berubah daripada sasaran akhir tahun pada 1,255 mata dan ketiadaan penunjuk positif mendorong pasaran untuk berada dalam keadaan lemah minggu ini.

Kekalkan tinjauan awal pasaran dalam separuh pertama 2010 berdasarkan kepada semakan meningkat yang berterusan dalam pertumbuhan pendapatan korporat, kecairan yang tinggi, kekukuhan ringgit berbanding dolar AS yang akan mendorong kemasukan modal asing, permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan harga minyak sawit mentah dalam suku pertama tahun depan.

"Kesan Januari" juga mungkin boleh menyediakan permulaan yang baik bagi 2010 yang selama ini mendatar untuk tempoh 10 tahun, kecuali 2008 apabila indeks penanda aras membuat pembetulan daripada tahap tertinggi pada 1,525 mata.

Sebagai perbandingan mudah bagi kesan berkenaan, ketika kejatuhan besar pada 1998, indeks penanda aras membuat pembetulan bulan-ke-bulan sebanyak 4.2 peratus pada Januari 1998, sebelum naik 0.9 peratus dan 13.5 peratus masing-masing pada 1999 dan 2000.

Sama ada ia akan mengulangi pergerakan yang sama dengan pengembangan dua angka pada 2010 tidak dapat dibuat agakan oleh sesiapa pun, tetapi kedinamikan pasaran menunjukkan permulaan yang bermakna bagi 'Tahun Harimau' yang akan datang.

Sehubungan itu, pelabur dianjurkan terus mendapatkan saham berkualiti yang di bawah nilai dan saham yang mempunyai prospek untuk mencatat rali menghala ke 1,390 mata dalam separuh pertama tahun ini sebelum langkah lebih berhati-hati dalam separuh kedua 2010.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers