December 30, 2009

Saham mewah rangsang Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 29 Dis - Harga-harga Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini, berikutan minat pembelian untuk indeks berwajaran tinggi, kata para peniaga.

Mereka berkata pasaran adalah sejajar dengan pasaran serantau yang optimis mengenai senario ekonomi yang lebih positif tahun depan.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 2.49 mata lebih tinggi pada 1,275.22, selepas dibuka 0.54 mata lebih tinggi pada 1,273.27. Indeks Kewangan meningkat 60.06 mata kepada 11,067.92, Indeks Perusahaan menokok 4.31 mata kepada 2,675.53 tetapi Indeks Perladangan merosot 8.92 mata kepada 6,372.26.

Indeks FBM Emas menokok 28.88 mata kepada 8,509.44, Indeks FBM Top 100 naik 25.01 mata kepada 8,320.24, Indeks FBM70 bertambah 56.76 mata kepada 8,262.4 dan FBMACE meningkat 6.59 mata kepada 4,204.08.

Sebanyak 383 kaunter untung dan 251 kaunter rugi sementara 244 kaunter tidak berubah dan 428 yang lain tidak diniagakan. Jumlah dagangan meningkat kepada 575.478 juta saham bernilai RM741.665 juta berbanding 459.031 juta saham bernilai RM595.621 juta pada Isnin.

Perolehan dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 484.278 juta saham bernilai RM721.903 juta, daripada 386.433 juta saham bernilai RM577.727 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 33.85 juta unit, bernilai RM10.05 juta daripada 32.011 juta unit bernilai RM7.753 juta yang dicatatkan pada Isnin.

Waran meningkat kepada 29.57 juta saham, bernilai RM5.433 juta, berbanding 26.726 juta saham bernilai RM4.315 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Di kalangan saham aktif, Scomi menokok setengah sen kepada 45.5 sen sementara Scomi-LA tidak berubah padaKNM meningkat dua sen kepada 76 sen, Scomi-WA naik satu sen kepada 17.5 sen tetapi Etitech susut satu sen kepada 42.5 sen.

Barangan pengguna mewakili 28.043 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 150.07 juta, pembinaan 30.138 juta, dagangan dan perkhidmatan 144.014 juta, teknologi 20.529 juta, prasarana 3.848 juta, kewangan 31.586 juta, hotel 2.886 juta, harta 58.383 juta, perladangan 9.202 juta, perlombongan tiada, REIT 5.525 juta dan dana tertutup 44,400.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers