KUALA LUMPUR 16 Dis. - Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) akan terus menjual pegangannya dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC), selepas melakukan penempatan dua peratus ke atas Tenaga Nasional Bhd. (TNB), minggu lalu.
Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, penempatan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
''Kita akan terus mengurangkan pegangan dalam GLC tetapi beransur-ansur,'' katanya ditanya sama ada pelupusan itu akan terus dilakukan pada masa depan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Penjualan itu dilakukan selepas Khazanah melakukan penempatan 55 juta saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada September lalu.
Khazanah telah menjual 86.75 saham TNB pada harga RM8.10 sesaham, meningkatkan hasil kasar sebanyak RM702.7 juta untuk sayap pelaburan itu.
Tindakan tersebut juga selari dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei dan November lalu untuk meningkatkan pasaran saham tempatan.
Khazanah menguasai sebahagian daripada kepentingan dalam Malaysian Airline System Bhd., PLUS Expressways Bhd. dan UEM Land Holdings Bhd.
Malah, ia turut memiliki kepentingan dalam syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd., Kumpulan Axiata Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd.
December 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com