December 29, 2009

Sapura Industrial intai pasaran Asia Barat

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sapura Industrial Bhd., peneraju pengeluar alat ganti dan komponen automotif sedang mengintai peluang perniagaan baru di Asia Barat bagi tujuan perkembangan perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Razali Osman berkata, SIB telah berkembang ke pasaran Norway, Singapura, Thailand dan Filipina serta memperoleh beberapa pelanggan dari India dan Brazil.

Beliau berkata, para pelanggan pada masa kini agak cerewet dan lebih mementingkan kualiti dan untuk menembusi pasaran luar negara pihaknya perlu sentiasa mempraktikkan piawaian kualiti global.

''Sehubungan itu, kami perlu sentiasa diperakui dengan sistem pengurusan kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika ini, Sapura Industrial adalah salah satu daripada sebilangan kecil vendor Kelas-1 di antara kira-kira 350 pengeluar komponen dan alat ganti kenderaan bermotor di negara ini.

Menerusi anak syarikat milik penuh mereka, anugerah Excellent Cost Control Vendor 2009 telah dimenangi oleh Sapura Machining Corporation Sdn. Bhd. (SMC) dan anugerah Overall Excellent Performance Vendor 2009 pula diraih oleh Asian Automative Steels Sdn Bhd (AAS).

AAS juga telah dicalonkan untuk Excellent Quality Vendor 2009.

Menurut Mohamad Razali, Sapura Industrial telah memberikan komitmennya untuk memperbaiki kualiti dan berusaha mencapai lebih banyak amalan piawaian antarabangsa menembusi pasaran luar negara.

Keupayaan Sapura Industrial telah pun diperakui di peringkat antarabangsa dengan sistem-sistem pengurusan berkualiti tinggi seperti TS 16949, ISO 14001 dan OHSAS 18001, seterusnya membantu mereka memasarkan produk-produk automotif mereka ke luar Malaysia sejak tahun 2006.

Katanya, pensijilan-pensijilan seperti TS 16949, ISO 14001 dan OHSAS 18001 adalah diwajibkan di kalangan pengeluar kereta global dan komponen berkaitan jika ingin disenarai pendekkan sebagai pembida.

Ujarnya, dengan memiliki pensijilan piawaian antarabangsa ia akan meningkatkan lagi keupayaan Sapura Industrial ketika berusaha untuk menjadi pemain global dalam industri automotif.

Beliau menambah, usaha-usaha Sapura Industrial untuk mencapai piawaian berkualiti tinggi ini terbukti berbaloi apabila telah diiktiraf oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semasa majlis makan malam tahunan Kelab Vendor Perodua yang telah diadakan awal bulan ini.

"Kami berbangga apabila Perodua mengiktiraf dan menghargai usaha kami untuk berkhidmat dengan lebih baik bagi kebaikan para pelanggan kami," katanya.

Beliau berkata, selain pensijilan, Sapura Industrial juga turut mengadaptasikan sistem peningkatan kualiti yang lain seperti Toyota Production System (TPS) yang sememangnya terkenal di seluruh dunia, Total Productive Maintenance (TPM) dan Quality Managemenet System (QMS).

Sebagai sebahagian usaha pembangunan berterusannya, anak syarikat Sapura Industrial turut terlibat dalam program Malaysia-Japan Automotive Industries Cooperation (MAJAICO) dianjurkan bersama SME Corp dalam bidang menaik taraf proses dan kapasiti.

SMC pula telah dikenali sebagai salah satu daripada tujuh syarikat contoh bagi program tersebut," tambah Mohamad Razali.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers