December 23, 2009

Bursa ditutup kukuh seiring pasaran serantau

KUALA LUMPUR 22 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia dicatatkan lebih kukuh semasa ditutup hari ini di tengah-tengah sentimen yang bertambah baik berikutan trend harga menaik di pasaran serantau.

Catatan menaik yang dikekalkan oleh saham berwajaran tinggi telah menolak naik Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) 4.76 mata untuk ditutup kepada 1,260.42.

FBM KLCI, yang ditutup pada paras terendah sejak 30 Nov, semalam, telah dibuka meningkat 3.23 mata kepada 1,258.89 pada pagi ini. Indeks FBM Emas menokok 31.14 mata kepada 8,400.27 dan Indeks FBM Top 100 meningkat 30.18 mata kepada 8,220.64.

Indeks FBM 70 meningkat 26.58 mata kepada 8,151.36 tetapi Indeks FBM Ace merosot 11.68 mata kepada 4,173.24. Indeks Kewangan meningkat 53.10 mata kepada 10,897.18,

Indeks Perladangan hampir tidak berubah pada paras 6,281.89 apabila harga hadapan minyak sawit mentah menruskan catatan kerugian bagi hari kedua.

Saham perladangan utama seperti Sime Darby meningkat 5.0 sen kepada RM8.94 manakala IOI Corp turun 2.0 sen kepada RM5.38. Indeks Perusahaan meningkat 8.35 mata kepada 2,655.97.

Sebanyak 335 kaunter untung dan 239 kaunter rugi manakala 243 kaunter yang lain kekal tidak berubah. Jumlah dagangan merosot kepada 446.479 juta saham bernilai RM689.220 juta berbanding 476.840 juta saham bernilai RM981.940 juta semalam.

Perolehan di Pasaran Utama turun kepada 382.442 juta saham bernilai RM677.126 juta daripada 404.310 juta saham bernilai RM879.258 juta pada Isnin. Jumlah niaga di Pasaran ACE turun kepada 33.547 juta unit bernilai RM8.162 juta daripada 42.692 juta unit bernilai RM9.863 juta.

Waran turun kepada 9.890 juta unit bernilai RM1.324 juta daripada 14.520 juta unit bernilai RM2.245 juta pada Isnin.

Xidelang merupakan kaunter paling aktif diniagakan merosot 4.0 sen kepada 50 sen dengan 25.693 juta saham bertukar tangan. Ia diikuti Stok Pinjaman Scomi Group yang tidak berubah pada harga 10 sen dan Waran Jerneh Asia yang meningkat 31 sen kepada RM1.08.

Produk pengguna mencatatkan 38.033 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 94.069 juta, pembinaan 18.995 juta, dagang dan perkhidmatan 116.537 juta, teknologi 21.524 juta, prasarana 3.977 juta, kewangan 45.943 juta, hotel 441,400, hartanah 32.762 juta, perladangan 8.905 juta, perlombongan sifar, REIT 1.236 juta dan dana tertutup 16,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers