IRAQ kelmarin memberi kontrak kepada syarikat gergasi minyak asing menerusi acara lelongan dengan hasrat untuk meningkatkan pengeluaran komoditi utama itu kepada 12 juta tong sehari, justeru, setara dengan jumlah pengeluaran Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia.
Baghdad memberikan hak pengeluaran di salah sebuah lapangan minyak yang memiliki sumber asli terbesar dunia yang belum diteroka kepada Lukoil, sebuah syarikat minyak Russia pada hari kedua lelongan selepas melaksanakan urus niaga dengan Shell, syarikat minyak Belanda, CNPC (China) dan Petronas (Malaysia), Jumaat lalu.
“Ini melambangkan kejayaan,” kata Menteri Minyak Iraq, Hussein al-Shahristani kepada wartawan pada akhir majlis lelongan itu.
“Kekayaan itu tidak akan dibelanjakan untuk tujuan peperangan seperti sebelumnya. Wang yang dihasilkan adalah untuk rakyat Iraq - kami tidak akan berkongsi dengan sesiapa. Kami di kementerian akan gembira dengan pencapaian untuk Iraq setakat ini,” katanya di Baghdad, kelmarin.
Urus niaga yang dimuktamadkan sepanjang dua hari acara itu dijangka mampu meningkatkan pengeluaran minyak Iraq sebanyak 4.7 juta tong sehari dalam tempoh beberapa tahun akan datang daripada 1.5 juta tong sehari ketika ini.
Bagaimanapun, Shahristani berkata, pengeluaran minyak negara yang hampir musnah akibat perang itu akan mencecah 12 juta tong sehari dalam tempoh enam tahun akan datang berdasarkan semua kontrak yang dirundingkan itu.
Bagaimanapun, penganalisis berkata, pihak berkuasa Iraq terlalu optimis berhubung perkara berkenaan.
Perjanjian urus niaga terbesar sepanjang acara lelongan adalah kontrak lapangan minyak West Qurna-2 yang diberi kepada Lukoil, yang akan bekerjasama dengan StatoilHydro dari Norway.
Lukoil dan StatoilHydro meminta AS$1.15 bagi setiap tong minyak yang dikeluarkan dari lapangan itu yang dijangka mampu mengeluarkan sejumlah 1.8 juta tong sehari. - AFP
December 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com