December 28, 2009

CTRM dijangka bekal kubah radar kepada syarikat Itali

Firma sudah hampir muktamad perjanjian dengan Finmeccanica

COMPOSITES Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pengeluar dan pembekal komponen komposit untuk pesawat Airbus dan Boeing sudah hampir memuktamadkan perjanjian bagi membekalkan 'radome' atau kubah radar kepada sebuah syarikat Itali.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Rosdi Mahmud, berkata rundingan dengan syarikat Itali itu, Finmeccanica sudah dalam fasa akhir, menyentuh antaranya perkara seperti harga dan perincian lain.



"Kami sudah berbincang harganya tapi ia belum lagi kontrak dan saya jangka dalam masa tiga hingga enam bulan, urus niaga itu akan dapat dimuktamadkan," katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.

Rosdi berkata, Finmeccanica menunjukkan minat mendalam terhadap radome keluaran CTRM berikutan kejayaan dua projek pembekalan sama kepada kerajaan sebelum ini yang ditempatkan bagi melindungi radar di Bukit Kubong, Labuan dan Western Hill, Pulau Pinang.

Beliau berkata, CTRM juga sedang berunding dengan Thales dari Perancis bagi pembekalan sama tetapi ia masih lagi pada peringkat awal.

Katanya, radome keluaran CTRM yang diperbuat daripada komposit sepenuhnya mempunyai kelebihan berbanding struktur konvensional yang diperbuat daripada besi kerana ia tidak berkarat, memiliki tahap ketahanan cuaca yang tinggi dan tidak memantun balik gelombang menyebabkan keberkesanan pengesanan kekal di tahap tinggi.

"Radome itu di reka bentuk dan dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan, justeru ia dapat dibekalkan pada harga kompetitif.

"Harga sebuah radome ialah RM7 juta, kalau kami dapat bekalkan 10 radome kepada Finmeccanica ini bermakna kontrak itu nanti ialah RM70 juta," katanya sambil menambah konsep perniagaan CTRM ialah menumpu kepada perniagaan khusus yang tidak ramai menyertainya.

Dalam perkembangan lain, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan itu, akan menghidupkan semula program pembangunan pesawat ringan dua tempat duduk Eagle 150B yang diberhentikan sebelum ini, selain memulakan pembangunan pesawat enjin berkembar awal tahun depan.

Rosdi berkata, prototaip bagi kedua-dua jenis pesawat itu pula akan disiapkan dalam tempoh setahun untuk Eagle baru manakala satu setengah tahun untuk enjin berkembar.

CTRM, katanya sudah menjual 20 unit Eagle 150B sebelum ini kepada pelanggan di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Ia masih memiliki 21 unit Eagle 150B yang disewakan kepada lima sekolah latihan penerbangan tempatan.

Rosdi menjelaskan untuk mendapatkan pulangan modal, CTRM perlu mengeluarkan 60 unit Eagle setahun.

Eagle 150B dikeluarkan di Australia sehingga Februari 2002 oleh perekanya, Eagle Aircraft Pty Ltd, sebelum ia dikeluarkan sepenuhnya di Malaysia oleh CTRM.

Pengeluarannya diberhentikan susulan kegagalan mengkomersialkannya. Eagle 150B dipertontonkan kepada orang ramai pada Lima 2003.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers