December 22, 2009

Bidang perkhidmatan bakal pemacu utama ekonomi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sektor perkhidmatan dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, dengan berkembang pada kadar 3.6 peratus.

“Walaupun sektor pembuatan yang kukuh dan bertenaga kekal penting bagi negara ini, kita menjangka lebih banyak sumbangan bagi mencapai pertumbuhan datang daripada sektor perkhidmatan.

“Bagi membolehkan Malaysia mencapai status ekonomi maju menjelang 2020, ekonomi negara perlu dipacu oleh sektor perkhidmatan,” katanya berucap melancarkan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Kuala Lumpur, semalam.



MHTC ialah unit di bawah Kementerian Kesihatan yang bertanggungjawab membangun dan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan kesihatan di negara ini sejajar hasrat menjadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan utama di rantau ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif MHTC, Datuk Ooi Say Chuan.

Perdana Menteri berkata, walaupun negara ini menikmati pertumbuhan yang dipacu pendapatan eksport daripada sektor pembuatan, kekuatan persaingan di pasaran tradisi kian semakin sengit dan tidak dapat dielakkan untuk berdepan cabaran dan perubahan.

Sehubungan itu, katanya, usaha meningkatkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti pelancongan kesihatan perlu dilakukan.

“Penjagaan kesihatan adalah antara subsektor dalam bidang perkhidmatan yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan Malaysia menjadi sebuah industri bertaraf global,” katanya.

Najib menambah, meskipun industri itu masih baru, kajian menunjukkan pasaran penjagaan kesihatan global dijangka berkembang daripada AS$20 bilion pada 2005 kepada antara AS$40 bilion (RM140 bilion) hingga AS$60 bilion (RM210 bilion) tahun depan dan sehingga AS$260 bilion (RM910 bilion) pada 2020.

“Dilaporkan pada 2007, kira-kira 750,000 rakyat Amerika Syarikat mendapatkan rawatan di luar negara itu dan ia dijangka bertambah kepada 15.75 juta pada 2017,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers