Oleh SARAH NADLIN ROHIM
sarah.rohim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Pendedahan Malayan Banking Bhd. (Maybank) kepada krisis yang melanda Dubai adalah sangat sedikit dan terkawal, sekali gus tidak memberi kesan ketara kepada bank tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pendedahan bank tersebut adalah kurang daripada 0.2 peratus daripada jumlah aset Maybank.
‘‘Pada masa ini, melalui cawangan kami di Bahrain dan London, Maybank sedang memantau situasi semasa secara dekat.
‘‘Dengan perkembangan terbaru, kerajaan Abu Dhabi menyediakan kemudahan bernilai AS$10 bilion (RM34.3 bilion), krisis tersebut telah menampakkan perkembangan positif dan kestabilan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Memeterai Perjanjian dengan MoneyTree (M) Sdn. Bhd. bagi menaja Program Celik Kewangan di sini hari ini.
Dubai yang kini dilanda krisis kewangan dianggarkan memiliki hutang sebanyak AS$150 bilion (RM508.5 bilion), termasuk pinjaman-pinjaman dua hala, kata EFG Hermes.
Menurut EFG Hermes, jumlah hutang Dubai dianggarkan sebanyak AS$84.2 bilion (RM288.8 bilion) hanya membabitkan pasaran modal hutang seperti bon, sukuk dan pinjaman bagi syarikat-syarikat Dubai Inc,
Hutang tersebut terbahagi kepada dua iaitu hutang berdaulat dan entiti-entiti berkaitan kerajaan (GRE).
Selain itu, unit hartanah Dubai World dan Nakheel, yang terlibat dalam pembangunan ikonik Palm Jumeirah telah diminta untuk menangguhkan dagangan sukuk yang disenaraikan di bursa Dubai.
Satu daripada pinjaman utama yang terlibat dalam pelan penangguhan hutang oleh Dubai World ialah penerbitan AS$3.5 bilion (RM11.86 bilion) sukuk yang dijangka matang pada 14 Disember ini.
Tambah Abdul Wahid, Maybank percaya krisis yang melanda Dubai akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan penambahan kepentingan dalam AnBinh Bank di Vietnam, Abdul Wahid berkata, ia dalam proses memuktamadkannya.
‘‘Ia merupakan pilihan yang diberikan kepada Maybank untuk meningkatkan kepentingan di dalam bank tersebut sehingga 20 peratus mengikut kelulusan Perdana Menteri Vietnam.
‘‘Kami telah menerima kelulusan tersebut dalam proses menambah lima peratus lagi kepentingan di dalam bank itu. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20 peratus,’’ jelasnya.
Abdul Wahid turut di minta mengulas mengenai penarikan diri Maybank untuk membida kepentingan di dalam Siam City Bank, beliau menegaskan pihak Maybank tidak membida untuk memiliki kepentingan di dalam bank tersebut.
‘‘Fokus kami adalah untuk pertumbuhan organik dan perniagaan sedia ada,’’ katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com