December 29, 2009

Eversendai bangga siap struktur keluli Burj Dubai

SYARIKAT pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation akan turut berkongsi kebanggaan apabila Burj Dubai yang akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia dibuka tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai, Datuk AK Nathan berkata, ini kerana 260 meter terakhir menara itu adalah struktur keluli yang dibina oleh syarikat itu.

"Ini menjadikan kami syarikat pertama di dunia yang membuat kerja pembinaan pada ketinggian lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian itu," katanya kepada Bernama di Dubai.



Laporan sebelum ini menyebut bahawa Burj Dubai mempunyai ketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.

Pemajunya, Emaar Properties bagaimanapun tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun ada kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 kilometer.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari ini oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Nathan berkata, Eversendai juga menjalankan kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.

"Kami telah menyempurnakan semuanya tanpa apa-apa kemalangan," katanya.

Beliau berkata, Eversendai juga mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kontraktor utama menara itu, Samsung Corporation dari Korea Selatan.

Kedua-dua syarikat, katanya telah terbabit dalam pembinaan Menara Kedua di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Mengenai pengalaman Eversendai di UAE, beliau berkata, syarikat itu mula beroperasi di negara itu pada pertengahan 90-an dan kontrak pertamanya hotel Burj Al Arab, di pesisir pantai Dubai.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers