KUALA LUMPUR 17 Dis. - Vietnam mempelawa pelabur swasta di Malaysia supaya terlibat secara aktif dalam projek-projek infrastrukturnya memandangkan negara itu merancang untuk melaksanakan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) untuk infrastruktur pada suku pertama tahun depan.
Mengikut inisiatif berkenaan, kerajaan Vietnam akan membiayai kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada kos projek, kata Timbalan Menteri Perancangan dan Pelaburannya, Nguyen The Phuong, hari ini.
"Tumpuan utama kami tahun depan ialah untuk membangunkan infrastruktur kami.
Kami merancang untuk membina lebih banyak lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan laut dan depot untuk memenuhi keperluan pembangunan negara kami," katanya selepas seminar mengenai 'Peluang Perdagangan dan Pelaburan di Vietnam' yang berlangsung di sini hari ini.
Seminar berkenaan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Beberapa projek utama dijangka dilaksanakan di Vietnam tidak lama lagi termasuk terminal kedua lapangan terbang antarabangsa Noi Bai di Hanoi.
Phuong berkata, Malaysia dan Vietnam terus memperluaskan hubungan antara kedua-dua negara sejak bertahun dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, penggalakkan dan perlindungan pelaburan serta penerokaan petroleum.
Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 20 peratus setahun dalam masa lima tahun lepas, katanya.
Sehingga November tahun ini, syarikat-syarikat Malaysia telah melabur dalam 342 projek bernilai kira-kira AS$18 bilion (RM61.2 bilion) di negara itu, menjadikannya pelabur terbesar di kalangan negara ASEAN di Vietnam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Matrade (Bahagian Pembangunan Pengeksport), Zakaria Kamarudin berkata, Malaysia mempunyai reputasi yang amat baik bagi projek-projek infrastruktur di kalangan pembuat dasar Vietnam.
"Ini telah membawa kepada beberapa syarikat Malaysia seperti Zaid Ibrahim & Co. dan Scomi Engineering Bhd dipelawa membantu dalam bidang ini. Terdapat ruang yang luas untuk peningkatan perdagangan dua hala.
"Malaysia berkemampuan untuk menyediakan dan membekalkan pelbagai perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif bagi memenuhi keperluan Vietnam," kata beliau.
Bagi 10 bulan pertama tahun ini, perolehan import-eksport antara kedua-dua negara berjumlah AS$3.4 bilion (RM11.56 bilion).
Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi Vietnam di rantau ini. - BERNAMA
December 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com