December 18, 2009

Harga saham Bursa Malaysia terus jatuh

KUALA LUMPUR 17 Dis - Harga-harga saham di Bursa Malaysia yang pada awalnya mencatatkan keuntungan, ditutup rendah hari ini dengan para pelabur menyimpan semua keuntungan menjelang cuti panjang hujung minggu, kata seorang peniaga.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mengakhiri hari urus niaga 2.06 mata lebih rendah pada 1,266.97 selepas dibuka 0.71 mata tinggi pada 1,269.74 di sebelah pagi.

Pasaran akan ditutup esok sempena sambutan Awal Muharram.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata yang kerugian terbatas kerana para pengurus dana masih lagi mengambil pegangan baharu, sekali gus menyediakan sokongan kepada pendasar pasaran.

Pada penutup, Indeks Emas FBM ditutup rendah 4.43 mata kepada 8,432.99, Indeks FBM Top 100 susut 5.84 mata kepada 8,255.25, Indeks FBM Ace merudum 51.28 mata kepada 4,195.50 tetapi Indeks FBM70 merosot 24.90 mata kepada 8,153.35.

Indeks Kewangan menokok 7.34 mata kepada 10,985.05 sementara Indeks Perladangan naik 17.72 mata kepada 6,358.42 tetapi Indeks Perusahaan 5.07 mata lebih rendah pada 2,673.10.

Secara keseluruhan, terdapatnya 289 saham untung dan 324 saham rugi sementara 257 yang lain tidak berubah.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 690.810 juta saham bernilai RM1.036 bilion daripada 654.372 juta saham bernilai RM910.074 juta yang diniagakan semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 527.368 juta saham bernilai RM996.418 juta daripada 500.633 juta saham bernilai RM884.698 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengukuh kepada 80.346 juta unit bernilai RM28.924 juta daripada 50.426 juta unit bernilai RM12.869 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Bagaimanapun, waran merosot kepada 19.193 juta unit bernilai RM2.974 jtua daripada 19.237 juta unit bernilai RM2.614 juta.

Di kalangan saham aktif, Scomi-stok pinjaman boleh tukar tak boleh tebus kekal pada 10 sen, DSC Solutions turun enam sen kepada 34.5 sen sementara Green Packet-Waran naik dua sen kepada 68.5 sen.

Produk pengguna menguasai 21.047 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 103.678 juta, pembinaan 28.085 juta, urus niaga dan perkhidmatan 187.063 juta, teknologi 62.303 juta, infrastruktur 5.514 juta, kewangan 56.069 juta, perhotelan 3.079 juta, hartanah 43.701 juta, perladangan 14.181 juta, perlombongan 5,000, REIT 2.629 juta dan dana tertutup 8,500.

— Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers