December 30, 2009

CIMB Islamic senarai sukuk RM2b

CIMB Islamic Bank Bhd semalam menyenaraikan program sukuk bernilai sehingga RM2 bilion di Bursa Malaysia.

Ia mengukuhkan lagi hasrat Bursa Malaysia untuk memajukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa serta kedudukan CIMB Islamic sebagai peneraju global kewangan Islam.

Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani, berkata penyenaraian subhutang Islam di Bursa Malaysia itu mengukuhkan lagi komitmen bank itu terhadap pembangunan industri kewangan Islam dan pasaran modal hutang Islam.




"Walaupun ia bukan tawaran runcit, kami berharap penyenaraian ini akan menjadi permulaan kepada pembangunan pasaran sukuk runcit yang rancak yang boleh diniagakan di Bursa Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata penyenaraian CIMB Islamic adalah mercu tanda bagi Bursa Malaysia kerana bank itu menjadi institusi kewangan Islam pertama menyenaraikan sukuknya.

Ia, katanya mencerminkan kepentingan dan daya tarikan Bursa Malaysia di kalangan peserta lebih besar dalam industri kewangan Islam serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Bursa Malaysia mencatatkan penyenaraian sukuk dan bon pertama Petronas dan Cagamas pada Ogos tahun ini, disusuli penyenaraian sukuk bukan ringgit GE Capital pada November.

Regim mesra pelabur yang diperkukuhkan kawal selia dan kerangka Syariah teguh menjadi platform kondusif bagi penyenaraian dan penerbitan sukuk.

Ia membolehkan Malaysia menarik lebih 60 peratus penerbitan sukuk seluruh dunia, menjadikan negara ini hab global bagi kewangan dan pelaburan Islam. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers