December 22, 2009

Dagangan Bursa Malaysia rendah

KUALA LUMPUR 21 Dis - Harga kebanyakan saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin pada paras yang lebih rendah berikutan kejatuhan saham-saham berkaitan kewangan, kata peniaga.

Mereka berkata pelabur meneylaraskan beberapa portfolio masing-masing menjelang penutupan akhir tahun memandangkan terdapat portfolio mereka yang mungkin sudah mencecah harga sasaran keluar.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur susut 11.31 mata kepada 1,255.66.Ia dibuka 0.30 mata lebih tinggi pada 1,267.27, pagi ini.

Indeks FBM Emas susut 63.86 mata kepada 8,369.13 dan Indeks FBM Top 100 turun 64.79 mata kepada 8,190.46.

Indeks FBM70 susut 28.57 mata kepada 8,124.78 dan Indeks FBM70 turun 10.58 mata kepada 4,184.92. Indeks Kewangan turun 140.97 mata kepada 10,844.07.Indeks Perladangan susut 76.54 mata kepada 6,281.88.

Indeks Perusahaan ditutup 76.54 mata lebih rendah kepada 6,281.88 walaupun prestasi industri berkenaan meningkat, dengan Indeks Pengeluaran Perusahaan Oktober mencatatkan pertumbuhan positif pertama tahun ke tahun.

IPI meningkat 0.7 peratus pada Oktober berbanding penguncupan enam peratus pada September. Keseluruhannya, 289 kaunter untung, 324 rugi manakala 257 kaunter lain tidak berubah.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 476.840 juta saham bernilai RM981.940 juta berbanding 690.810 juta saham bernilai RM1.036 bilion yang didagangkan pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 404.310 juta saham bernilai RM876.258 juta, berbanding 527.368 juta saham bernilai RM996.418 juta Khamis lepas.Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 42.692 juta unit bernilai RM9.863 juta berbanding 80.346 juta unit bernilai RM28.924 juta.

Waran berkurangan kepada 14.520 juta unit bernilai RM2.245 juta, berbanding 19.193 juta unit bernilai RM2.974 juta pada Khamis.

Xidelang yang merupakan saham paling aktif, rugi setengah sen kepada 54 sen, dengan 16.736 juta saham bertukar tangan. diikuti Axiata Group yang turun satu sen kepada RM3.01 dan Scomi Group Loan Stock tidak berubah pada 10 sen.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 29.691 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 78.678 juta, pembinaan 23.154 juta, perdagangan dan perkhidmatan 149.607 juta, teknologi 18.447 juta, infrastruktur 7.608 juta, kewangan 47.826 juta, hotel 5.996 juta, hartanah 30.179 juta, perladangan 10.948 juta, perlombongan tiada, REIT 2.169 juta dan dana tertutup 500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers