December 24, 2009

Dagangan Bursa Bercampur-campur

KUALA LUMPUR 23 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan sokongan belian lewat bagi saham wajaran tinggi terpilih dan saham teknologi, kata para peniaga.

Kenaikan dalam saham wajaran tinggi terpilih membantu melonjakkan petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ke bahagian positif, meningkat 0.11 mata untuk ditutup kepada 1,260.53. Ia dibuka 0.86 mata lebih rendah pada 1,259.56 pagi ini.

Indeks FBM Emas turun 6.78 mata kepada 8,393.48 manakala Indeks FBM Top 100 susut 7.09 mata kepada 8,213.55.Indeks FBM 70 berkurangan 37.98 mata kepada 8,113.38 manakala Indeks FBM Ace menokok 45.28 mata kepada 4,218.52.Indeks Kewangan susut 16.68 mata kepada 10,880.50, diseret turun oleh CIMB Group yang jatuh lapan sen kepada RM12.82.

Indeks Perladangan berkurangan 1.80 mata kepada 6,280.09 manakala niaga hadapan minyak sawit mentah turun bagi dua hari berturut-turut selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam setengah bulan pada minggu lepas.Indeks Perindustrian turun 0.35 mata kepada 2,656.77.

Kaunter rugi mengatasi keunter untung sebanyak 287 berbanding 277 manakala 284 saham lain kekal tidak berubah. Jumlah dagangan berkurangan kepada 410.449 juta saham bernilai RM627.583 juta daripada 446.479 juta saham bernilai RM689.220 juta semalam.

Perolehan dagangan di Pasaran Utama turun kepada 356.908 juta saham bernilai RM615.255 juta daripada 382.442 juta saham bernilai RM677.126 juta semalam

Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE, meningkat kepada 35.952 juta saham bernilai RM9.441 juta daripada 33.547 juta saham worth RM8.162 juta sebelumnya.

Waran menambah kepada 10.068 juta unit bernilai RM1.403 juta daripada 9.890 juta unit bernilai RM1.324 juta semalam.

Yoong Onn, saham yang paling cergas diniagakan menyaksikan 20.949 juta saham bertukar tangan naik dua sen untuk ditutup 90sen, Gamuda yang turun lima sen kepada RM2.61 Dijaya Corp naik 7.5 sen kepada 43.5 sen, Xidelang meningkat setengah sen kepada 50.5 sen dan DSC Solutions turun setengah sen kepada 32.5 sen.

Barangan pengguna menyumbang 42.948 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 75.285 juta, pembinaan 33.766 juta, dagangan dan perkhidmatan 106.376 juta, teknologi 14.129 juta, prasarana 1.783 juta, kewangan 32.554 juta, hotel 6.841 juta, hartanah 34.742 juta, perladangan 6.808 juta, perlombongan 10,000, REITs 1.635 juta, dan dana tertutup 28,000.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers