MALAYSIA dijangka mencatatkan pertumbuhan hampir 4.0 peratus pada 2010 kerana semua perangkaan yang ada menunjukkan dengan jelas negara ini sudah keluar dari kemelesetan, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem.
Beliau berkata, Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini dan ia akan berterusan tahun depan.
"Pada peringkat awal, kami mengunjurkan ekonomi negara akan mencatatkan pertumbuhan sekitar -3 hingga -4 peratus bagi tahun ini.
"Kini, selepas melihat perangkaan suku ketiga dan data bulan seterusnya, kami merasakan pertumbuhan tahun ini dijangkakan sekitar -2 hingga -3 peratus," katanya kepada Bernama.
Bagaimana pun, beliau berkata 2010 akan terus mencabar kerana walau pun ekonomi global sedang bergerak keluar dari kemelesetan, ia belum keluar sepenuhnya dari kegawatan.
Ekonomi Malaysia juga dijangka terus berdepan cabaran.
"Wujud kebimbangan bahawa momentum pertumbuhan yang kita lihat sekarang ini, yang bukan saja di Malaysia malah di tempat lain juga, agak rapuh kerana pertumbuhan yang kita lihat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan sesetengah negara lain terlalu dipacu oleh pakej rangsangan fiskal," katanya.
Bagi meneruskan momentum itu, katanya negara berkenaan kemungkinan perlu menyuntik satu lagi pakej rangsangan fiskal.
"Persoalannya, mampukah negara berkenaan melaksanakan satu lagi pakej rangsangan fiskal? Banyak pihak merasakan usaha itu tidak akan berjaya. Wujud juga kebimbangan AS mungkin mengalami kemelesetan dua angka pada suku pertama tahun depan," katanya.
Jika keadaan itu berlaku, katanya ia akan memberi kesan limpahan kepada negara lain yang berdagang dan mempunyai hubungan dengan AS.
Kebimbangan lain, katanya ialah kemungkinan berlaku gelembong aset, terutama di China dan banyak negara lain di Asia Timur dan peningkatan inflasi.
"Gelembong aset ini kemungkinan benar-benar menimbulkan masalah jika ia mulai berakar umbi dari tahun ini," katanya.
Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah negara berkenaan telah mencetak wang tahun ini untuk membiayai sebahagian defisit masing-masing.
Beliau berkata, wang lebihan ini sebenarnya telah tidak menyebabkan kenaikan harga kerana keadaan permintaan yang lemah.
Tetapi, katanya sebaik ekonomi pulih, permintaan akan mulai pulih, yang kemungkinan besar akan menyebabkan kemunculan semula inflasi.
"Jika inflasi meningkat, negara seperti Australia dan Eropah yang sangat sensitif dengan angka inflasi, kemungkinan menaikkan kadar faedah. Jika mereka berbuat demikian, saya rasa ia akan merencatkan proses pertumbuhan," katanya.
Mohamed Ariff berkata, Malaysia kemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah walau pun Eropah berbuat demikian dan Australia pula telah melakukannya.
December 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com