March 3, 2010

Saham berwajaran tinggi untung

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi semalam dengan keuntungan dicatat oleh saham berwajaran tinggi yang sekali gus mengekalkan pasaran dalam wilayah positif.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 4.67 mata lebih tinggi pada 1,288.07, selepas dibuka tiga mata lebih tinggi pada 1,286.40.

Keuntungan kelmarin di Wall Street dan unjuran yang lebih baik untuk sektor teknologi di Amerika Syarikat, meningkatkan sentimen belian semalam terutama di kalangan kaunter berwajaran tinggi.

Peniaga berkata pasaran keseluruhannya dalam keadaan berhati-hati, memandangkan sentimen pelabur masih belum kukuh, dengan pasaran saham dunia berpotensi turun naik.

Maybank Investment Bank Equity Research berkata FBM KLCI mungkin kembali ke paras 1,300 mata dan 1,308 mata.

Indeks Komposit mencecah paras 1,300 mata pada 19 Januari dan terus mencatat 1,308.36 pada 21 Januari lalu.

“Bagaimanapun, FBM KLCI dijangka terus turun naik. Kami yakin pelanggan akan melakukan pendekatan dagangan jangka pendek memandangkan pasaran global masih belum kukuh," demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan itu.

Indeks Kewangan melonjak 80.22 mata kepada 11,341.58, Indeks Perusahaan susut 2.09 mata kepada 2,597.3 manakala Indeks Perladangan meningkat 34.13 mata kepada 6,389.43.

Indeks FBM Emas pula menokok 23.55 mata kepada 8,656.45, FBM70 meningkat 18.601 mata kepada 8,475.53 namun, Indeks FBM Ace susut 51.23 mata kepada 4,277.37.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 405 berbanding 323 manakala 252 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 839.426 juta saham bernilai RM1.549 bilion berbanding 1.051 bilion saham bernilai RM1.746 bilion kelmarin.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat tiga sen kepada RM8.63, Maybank menokok lapan sen kepada RM7, CIMB Group Holdings menambah 26 sen kepada RM13.72 dan Maxis tidak berubah pada RM5.45.

Bagi kaunter aktif, Axiata susut enam sen kepada RM3.83, Talam Corporation tidak berubah pada 12 sen, Ramunia menokok tiga sen kepada 23.5 sen manakala KNM Group menambah setengah sen kepada 79.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 722.994 juta saham bernilai RM1.524 bilion berbanding 931.608 juta saham bernilai RM1.724 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace meningkat kepada 60.752 juta saham bernilai RM12.2 juta berbanding 45.934 juta saham bernilai RM9.85 juta pada Isnin lalu.

Waran berkurangan kepada 34.974 juta unit bernilai RM5.25 juta berbanding 50.29 juta unit bernilai RM8.11 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 27.4 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 127.8 juta, pembinaan 31.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 305.8 juta, teknologi 44.9 juta, infrastruktur 20.9 juta, kewangan 67.9 juta, hotel 601,800, hartanah 70.3 juta, perladangan 23.1 juta, pelombongan 15,900, REIT 1.8 juta dan dana tertutup 64,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers