KUALA LUMPUR 2 Mac - Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain termasuk dolar AS dengan jangkaan yang Bank Negara Malaysia mungkin menaikkan kadar dasar semalamannya (OPR), kata seorang peniaga mata wang.
Pada pukul 5 petang, ringgit berada pada 3.3835/3865 berbanding dolar AS iaitu 3.3855/3880 pada hari Isnin.Bank Negara dijadual mengumumkan kenyataan monetarinya pada hari Khamis.
"Keputusannya masih tidak menentu, jadi tolakan ringgit tidaklah begitu tinggi. Ringgit boleh bergerak setinggi 3.37 berbanding dolar AS jika kenaikan kadar faedah berlaku," kata peniaga itu.
Ahli-ahli ekonomi pada umumnya menjangkakan yang Bank Pusat akan menaikkan OPR pada separuh kedua atau pertengahan tahun ini.
Mata wang tempatan juga tinggi berbanding mata wang utama yang lain kecuali yen.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.4046/5091 daripada 2.4091/4133 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.0424/0486 daripada 5.1284/1336 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.5630/5677 daripada 5.6138/6182 tetapi lega berbanding yen kepada 3.7978/8029 daripada 3.7903/7941 semalam (Isnin).- Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com